Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pelanggan oBike persoal keselamatan borang online untuk tuntut wang pendahuluan

Sebilangan pelanggan oBike menyuarakan rasa tidak puas hati dan keraguan terhadap borang yang perlu diisi untuk mendapatkan semula wang pendahuluan mereka daripada syarikat itu.

Anggaran Waktu Membaca:
Pelanggan oBike persoal keselamatan borang online untuk tuntut wang pendahuluan

Pejabat oBike di Commonwealth yang kini sudah dikosongkan (Gambar: Amir Yusof/Channel NewsAsia)

Diterbitkan : 13 Jul 2018 10:34PM Dikemas Kini : 13 Jul 2018 10:43PM

SINGAPURA: Sebilangan pelanggan oBike menyuarakan rasa tidak puas hati dan keraguan terhadap borang yang perlu diisi untuk mendapatkan semula wang pendahuluan mereka daripada syarikat perkongsian basikal itu.

Aduan-aduan itu timbul sehari selepas pihak pembubar oBike Asia meminta pengguna membuat tuntutan dengan menyerahkan dokumen sokongan yang relevan melalui portal 'www.obikedepositholders.com' "secepat mungkin".

Namun lelaman tersebut menghalakan pengguna ke borang Google Docs yang meminta pelbagai informasi daripada pengguna.

Butiran yang diminta termasuk nombor NRIC, namah penuh tertera di NRIC, bill telefon yang digunakan untuk mendaftar akaun oBike, pengesahan pelajar dan alamat rumah.

Petikan borang yang perlu diisi pengguna oBike

Petikan borang yang perlu diisi oleh pelanggan oBike.

Keperluan maklumat yang begitu banyak itu mencetuskan kemarahan pengguna.

"Mengapakah pihak pembubar perlukan kenyataan kad kredit, nombor IC, bil telefon dan pengesahan pelajar? Bukankah sepatutnya ada proses automatik untuk kembalikan (wang kami) menerusi app?" ujar Aloysius Low yang menghubungi Mediacorp.

Beliau juga mempersoalkan langkah keselamatan untuk melindungi informasi yang diberi.

Malah sebilangan pengguna juga meragui kesahihan borang yang digunakan.

Mediacorp sedang menghubungi pihak pembubar FTI Consulting untuk memberi komen berkenaan isu-isu tersebut dan memberi perkembangan terkini tentang proses pengembalian wang pendahuluan.



Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan