Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pelancong S'pura masih teruskan tempahan ke destinasi yang dilanda bencana alam

Agensi-agensi pelancongan Singapura menyatakan bahawa ia sedang memantau keadaan dan mengambil langkah-langkah waspada demi keselamatan para penumpang.

Anggaran Waktu Membaca:
Pelancong S'pura masih teruskan tempahan ke destinasi yang dilanda bencana alam

Gambar fail Lapangan Terbang Changi.

Diterbitkan : 15 Sep 2018 10:42PM Dikemas Kini : 15 Sep 2018 10:44PM

SINGAPURA: Agensi-agensi pelancongan Singapura menyatakan bahawa ia sedang memantau keadaan dan mengambil langkah-langkah waspada demi keselamatan para penumpang.

Bagaimanapun, agensi-agensi pelancongan yang ditemui menyatakan bahawa sejauh ini, kebanyakan pelancong tidak membatalkan atau membuat sebarang perubahan tempahan ke destinasi-destinasi seperti Hong Kong, Taiwan, Vietnam dan Filipina.

Agensi-agensi pelancongan menasihati kebanyakan penumpang supaya membeli insurans perjalanan.

Dalam pada itu, beberapa penerbangan yang menuju ke negara-negara yang terjejas oleh Taufan Mangkhut sudahpun membuat beberapa perubahan pada jadual penerbangan.

Syarikat penerbangan seperti Scoot dan Cathay Pacific juga sudah mengeluarkan kenyataan kepada para penumpang.

Dalam kenyataan itu, kedua-dua pihak menasihati para penumpang supaya menjangkakan perubahan pada jadual operasinya. 

Sumber : CNA/MM/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan