Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pelan perumahan, pembandaran harus kekang amalan tidak adil, pemisah sosial

Pelan-pelan perumahan dan perbandaran Singapura harus terus mengekang amalan tidak adil dan pemisahan sosial.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 17 May 2018 08:31PM Dikemas Kini : 17 May 2018 10:25PM

SINGAPURA: Pelan-pelan perumahan dan perbandaran Singapura harus terus mengekang amalan tidak adil dan pemisahan sosial.

Menteri Pembangunan Negara Lawrence Wong berkata demikian sebagai menyentuh pembangunan masa depan negara.

Pembangunan Singapura kata Encik Wong adalah secara inklusif dengan campuran penduduk flat HDB yang pelbagai kaum dan latar belakang.

Ruang-ruang bersama seperti pusat-pusat penjaja dan taman permainan menjadi ruang bagi mereka berkumpul. Tetapi Encik Wong menambah lebih banyak lagi perlu dilakukan.

Memberikan reaksi kepada seruan agar tempoh pajakan 99 tahun HDB dilanjutkan, Encik Wong berkata terdapat kesan serius yang perlu dipertimbangkan.

Jika tiada lagi ruang tanah untuk mengitar semula perumahan awam pada masa depan, mungkinkah anak cucu kita tidak akan dapat menikmati perumahan awam.

Beliau menjelaskan, pemerintah tidak akan menghentikan penggunaan CPF untuk membeli flat HDB.

Encik Wong berkata banyak negara kelas pertama menghadapi masalah kewangan kerana para ahli politiknya berbelanja melampaui jumlah cukai yang dikumpulkan.

Ini sesuatu yang tidak harus berlaku di Singapura kerana cara kita adalah merancang ke depan dan bersiap sedia menghadapi masa depan secara bertanggungjawab.

Akhir sekali Encik Wong menyeru warga tempatan agar tampil berkongsi pandangan mereka walaupun mereka tidak bersetuju dengan dasar-dasar pemerintah.

Sumber : CNA/AA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan