Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pelan Pemuliharaan Warisan Marin S'pura diusulkan bagi lindungi ekosistem marin negara

Tiga kawasan marin termasuk kelompok pulau di sekitar pulau Semakau dan pulau Satumu diusulkan untuk diberi keutamaan dalam usaha pemuliharaan. Ia merupakan satu daripada enam saranan utama dalam Pelan Pemuliharaan Warisan Marin Singapura atau 'Singapore Blue Plan'. 

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 13 Oct 2018 09:08PM Dikemas Kini : 13 Oct 2018 09:27PM

SINGAPURA: Tiga kawasan marin termasuk kelompok pulau di sekitar pulau Semakau dan pulau Satumu diusulkan untuk diberi keutamaan dalam usaha pemuliharaan.

Ia merupakan satu daripada enam saranan utama dalam Pelan Pemuliharaan Warisan Marin Singapura atau 'Singapore Blue Plan'.

Laporan setebal 220 muka surat itu disiapkan oleh lebih 100 aktivis alam sekitar dari Persatuan Singapura termasuk ahli-ahli akademik dan peguam.

Ia menyemak dan menyarankan langkah-langkah bagi melindungi ekosistem marin negara ini.

Pelbagai habitat marin wujud di Singapura seperti terumbu karang dan hutan bakau.

Namun lebih 100 pejuang alam sekitar sependapat bahawa lebih banyak usaha boleh dilakukan bagi memelihara ekosistem marin itu.

Lantaran itu, mereka melakarkan satu pelan induk bagi membantu menyemak dan mengusulkan langkah-langkah lebih baik untuk melindungi kawasan-kawasan sedemikian.

Dipanggil 'Singapore Blue Plan', usaha itu diterajui sekumpulan pakar biologi marin dari NUS serta beberapa ahli akademik dan peguam alam sekitar.

Rancangan itu mengambil masa hampir setahun untuk disiapkan.

Salah satu daripada enam saranannya adalah untuk memelihara habitat marin yang kecil dan berpecah-belah secara berkelompok atau dalam satu ekosistem besar.

Tiga kawasan sudah dikenalpasti bagi menjalani usaha pemuliharaan itu.

Salah satunya kelompok pulau di sekitar Pulau Semakau dan satu lagi berhampiran Pulau Satumu dan Pulau Ubin sendiri.

Kelompok-kelompok itu menyepadukan pelbagai habitat seperti padang rumput laut, batu karang dan hutan di kawasan pantai yang mempunyai banyak jenis hidup-hidupan.

Usaha pemuliharaan yang dipertingkat juga diusulkan bagi Pulau Sekijang Bendera dan Paya Simpanan Sungei Buloh.

Beberapa saranan lain termasuk gesaan bagi undang-undang yang lebih ketat.

Ia bertujuan mencegah pencemaran minyak di laut dari bo-bot menangkap ikan dan perbuatan memiliki secara haram hidup-hidupan laut yang dilindungi.

Saranan-saranan itu akan diserahkan kepada pemerintah untuk dipertimbangkan minggu depan.  

Sumber : CNA/NT/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan