Pelajar sekolah rendah kesal atas isyarat tangan kurang sopan semasa NDP
Seorang pelajar Sekolah Rendah Henry Park yang menunjukkan isyarat tangan kurang sopan semasa siaran "langsung" Perbarisan Hari Kebangsaan pada Rabu (9 Ogos) berasa kesal atas tindakannya dan sudahpun diberikan khidmat kaunseling, menurut pengetua sekolah tersebut pada Khamis (10 Ogos).
SINGAPURA: Seorang pelajar Sekolah Rendah Henry Park yang menunjukkan isyarat tangan kurang sopan semasa siaran "langsung" Perbarisan Hari Kebangsaan pada Rabu (9 Ogos) berasa kesal atas tindakannya dan sudahpun diberikan khidmat kaunseling, menurut pengetua sekolah tersebut pada Khamis (10 Ogos).
"Pelajar itu menyesal akan tindakannya dan benar-benar meminta maaf," kata Encik Chia Soo Keng. "Pihak sekolah dan ibu bapanya sudahpun memberikan khidmat kaunseling kepadanya, dan dia akan memastikan dia belajar dari insiden berkenaan."
Encik Chia enggan mengulas lanjut menyusuli kejadian itu.
Pelajar lelaki itu, di mana identitinya tidak didedahkan, adalah antara 400 pelajar dari sekolah tersebut yang membuat persembahan dalam segmen perbarisan tahun ini.
Diberi nama "Progressing Together" atau Maju Bersama, ia turut menyertakan kontinjen Sekolah Rendah Henry Park yang beraksi di samping The Purple Symphony, iaitu sebuah orkestra yang dianggotai para individu dengan dan tanpa keperluan khas.
Budak lelaki itu bertindak menunjukkan isyarat tangan yang kurang sopan semasa siaran "langsung" televisyen apabila para pelajar kembali ke pentas bagi segmen terakhir.
Klip video itu kemudian ditularkan di media sosial.
Menyusuli insiden itu, gambar budak lelaki itu ditegur oleh Encik Chia dan seorang lagi lelaki turut disebarkan online.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.