Images
  • women empowerment
    Tan Kai Li dan mentornya, Lee Mei Ling di kilang Montreux Patisserie. 

Pelajar perempuan ITE dibimbing di bawah program biasiswa yang baru diperluas

SINGAPURA: Golongan wanita muda dan yang kurang bernasib baik akan diberikan peluang untuk berinteraksi bersama wanita-wanita contoh di bawah program biasiswa yang diperluaskan baru-baru ini.

Program itu bertujuan untuk menanam semangat keusahawanan dan memperkasa golongan tersebut.

Program yang dikendalikan oleh cabang wanita daripada Persatuan Rakyat itu dilakarkan khusus bagi para pelajar perempuan daripada keluarga berpendapatan rendah dari Institut Pendidikan Teknikal (ITE).

Tan Kai Li, 19 tahun, merupakan antara 14 pelajar yang menerima biasiswa tersebut.

Dalam tempoh dua minggu akan datang, Kai Li akan melaporkan dirinya kepada Montreux Patisserie, iaitu kilang membuat pastri, di mana mentornya, Lee Mei Ling, merupakan seorang pengurus operasi.

Sepanjang pengalamannya, Kai Li akan menjalankan peranan yang sama dengan mentornya daripada mengaudit kebersihan hingga mengendali bersama vendor.

Pengalaman yang dilaluinya itu merupakan sesuatu yang benar-benar berbeza daripada apa yang dipelajari oleh para pelajar kursus Kejuteraan Pengangkutan Gerak Cepat di sekolah tersebut.

Kai Li dan beberapa pelajar tahun pertama juga akan menjalani program belajar sambil bekerja yang lebih lama.

Mentor-mentor itu adalah daripada kumpulan wanita tempatan 'LadiesFirst' yang menyalurkan $15,000 bagi program tersebut selama tiga tahun akan datang.

Program biasiswa yang berlangsung selama selama setahun itu turut merangkumi pengalaman bekerja sambil belajar selama 10 jam bersama Jawatankuasa Eksekutif Cabang Wanita bagi Persatuan Rakyat, di mana para pelajar akan diberikan peluang mengetuai projek kemasyarakatan bagi kaum wanita dan keluarga. 

- CNA/UR/ai

Top