Pegawai Polis Trafik cedera dalam kemalangan Clementi Road
Seorang pegawai Polis Trafik cedera dalam satu kemalangan jalan raya dengan dua buah kereta, berdekatan Clementi Road hari ini (11 Okt).
SINGAPURA: Seorang pegawai Polis Trafik cedera dalam satu kemalangan jalan raya dengan dua buah kereta, berdekatan Clementi Road hari ini (11 Okt).
Kemalangan berlaku di Lebuh Raya West Coast. Pihak polis menyatakan, ia dimaklumkan tentang kejadian itu pada waktu tengah hari tadi.
Pegawai Polis Trafik tersebut, yang berusia 28 tahun, dikejarkan ke Hospital Universiti Nasional (NUH) dalam keadaan sedar.
Gambar-gambar yang dimuat naik ke laman Facebook Roads.sg menunjukkan dua buah kereta terbabit, berada di sebelah motosikal Polis Trafik yang sudah terbaring di jalan raya.
Siasatan polis masih dijalankan.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.