Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pegawai polis tambahan Taiwan akan dikerahkan ke pusat pemeriksaan darat, kata Shanmugam

Pegawai polis tambahan (APO) Taiwan akan dikerahkan ke pusat-pusat pemeriksaan bersama dengan APO rakyat Singapura, menurut Menteri Ehwal Dalam Negeri K Shanmugam.

Anggaran Waktu Membaca:
Pegawai polis tambahan Taiwan akan dikerahkan ke pusat pemeriksaan darat, kata Shanmugam

Gambar fail Pusat Pemeriksaan Tuas. (Gambar: Elizabeth Khor)

Diterbitkan : 12 Jan 2018 10:09AM Dikemas Kini : 12 Jan 2018 10:14AM

SINGAPURA: Pegawai polis tambahan (APO) Taiwan akan dikerahkan ke pusat-pusat pemeriksaan bersama dengan APO rakyat Singapura, menurut Menteri Ehwal Dalam Negeri K Shanmugam.

Dalam jawapan bertulis pada Isnin (8 Jan) kepada soalan parlimen oleh Anggota Parlimen GRC West Coast Patrick Tay Teck Guan, Encik Shanmugam berkata APO rakyat Singapura tidak mencukupi untuk memenuhi permintaan yang diramalkan dalam masa beberapa tahun akan datang.

"Keperluan operasi kian meningkat dengan ketara, di mana-mana, termasuk pusat-pusat pemeriksaan kami. Jumlah pelawat semakin bertambah dan pada masa yang sama, ancaman pengganasan juga kian meningkat," kata Encik Shanmugam, yang juga Menteri Undang-Undang.

"Keadaan keselamatan sudah menjadi bertambah rumit, sekaligus memerlukan lebih ramai pegawai."

Awal dari itu, ia merupakan satu syarat yang menetapkan hanya APO rakyat Singapura saja yang boleh dikerahkan ke pusat-pusat pemeriksaan darat.

APO diambil bekerja oleh syarikat keselamatan privet seperti Certis Cisco dan AETOS. Mereka dikerahkan bagi pelbagai fungsi keselamatan, termasuk melindungi acara sensitif dan memberikan jagaan keselamatan di acara besar-besaran, dan dikawal selia oleh Pasukan Polis Singapura.

Permintaan bagi APO akan bertambah, dedah Encik Shanmugam, sambil merujuk kepada projek prasarana utama seperti Terminal 4 Lapangan Terbang Changi dan Pelabuhan Tuas baru yang memerlukan tenaga kerja keselamatan.

Pilihan jelas adalah untuk mengambil khidmat APO rakyat Singapura bagi memenuhi permintaan yang kian meningkat ini, dan terdapat "banyak usaha untuk berbuat demikian, sebagai contoh, memberikan bonus penandatanganan dan pengekalan", menurut Encik Shanmugam.

Ini sudahpun membolehkan lebih 300 APO rakyat Singapura diambil bekerja pada tahun 2017. Singapura mengerahkan sekitar 7,000 pegawai polis tambahan di seluruh negara, kata Encik Shanmugam semasa sesi parlimen pada April 2016.

Awal dari itu, AETOS dan Certis Cisco menyatakan kekurangan tenaga kerja tempatan memainkan peranan dalam keputusan mereka untuk menimbangkan Taiwan bagi merekrut tenaga kerja. Sebelum itu, kedua-dua syarikat hanya sama ada mendapatkan khidmat rakyat Singapura atau Malaysia.

Ketika itu, jurucakap polis mengesahkan kedua-dua syarikat mengalami kesukaran untuk merekrut APO Singapura dan Malaysia.

"Bagi memenuhi permintaan APO, Pasukan Polis Tambahan sedang menimbangkan Taiwan sebagai sumber yang mungkin dapat dimanfaatkan," katanya. "Mereka harus memenuhi piawai kelayakan sama seperti APO lain."

Sumber : CNA/IM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan