Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pedofilia dikenakan tahanan pencegahan 20 tahun kerana serang adik-beradik secara seksual

Seorang pedofilia yang melakukan serangan seksual terhadap dua adik-beradik perempuan dan menyamar sebagai seorang pegawai Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) dijatuhi hukuman tahanan pencegahan maksimum selama 20 tahun pada Isnin (17 Dis).

Anggaran Waktu Membaca:
Pedofilia dikenakan tahanan pencegahan 20 tahun kerana serang adik-beradik secara seksual

Hussain Samat lakukan serangan seksual terhadap dua adik-beradik perempuan dijatuhi hukuman tahanan pencegahan maksimum selama 20 tahun.

Diterbitkan : 17 Dec 2018 02:19PM Dikemas Kini : 17 Dec 2018 02:24PM

SINGAPURA: Seorang pedofilia yang melakukan serangan seksual terhadap dua adik-beradik perempuan dan menyamar sebagai seorang pegawai Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) dijatuhi hukuman tahanan pencegahan maksimum selama 20 tahun pada Isnin (17 Dis).

Hussain Samat, 53 tahun, mengumpan pasangan adik-beradik itu - pada masa itu berusia 12 tahun dan 16 tahun - ke flatnya pada Mei tahun lalu, sebelum melakukan serangan seksual dengan mengacukan pisau dan merakam beberapa perbuatan yang dilakukannya.

Satu laporan sebelum hukuman dijatuhkan oleh hakim, menunjukkan bahawa Hussain boleh menjalani tahanan pencegahan. Dia dinilai sebagai berada dalam keadaan fizikal yang baik meskipun dia mengalami hipertensi, kolesterol tinggi dan penyakit tulang belakang yang semakin teruk.

Dia disahkan mengalami gangguan personaliiti antisosial dan psikosis, dengan sejarah skizofrenia, tetapi kini dalam keadaan stabil kerana ubat- ubatannya, menurut Timbalan Pendakwa Raya David Khoo kepada mahkamah.

Peguam bela Hussain, Encik Melvin Loh meminta Hakim Valerie Thea supaya mengundurkan tarikh hukumannya kepada Mei 2017, apabila dia ditahan, tetapi beliau menolak permohonannya itu.

Hakim kemudian meluluskan hukuman yang diminta oleh pihak pendakwa, sambil mengatakan bahawa ia adalah hukuman yang sesuai dan menekankan peri pentingnya hukuman pencegahan seumpama itu bagi melindungi orang awam.

Beliau menarik perhatian bahawa Hussain banyak melakukan kesalahan berulan sejak 1985.

"Dia sudah disebat beberapa kali sebelum dia berusia 50 tahun," menurutnya. "Kesemua hukuman itu tiada meninggalkan kesan terhadapnya."

Beliau turut menarik perhatian bahawa Hussain sudah dikenakan tuduhan-tuduhan melibatkan jenayah serangan seksual terhadap kanak-kanak- bawah umur pada 2001.

Beliau menambah bahawa pemeriksaan psikiatri menunjukkan bahawa Hussain "besar kemungkinan akan melakukan jenayah sekali lagi" dan dia mempunyai " penafian kuat berhubung kecenderungan melakukan keganasan seksual" dan dia pernah berkata bahawa dia berasa "puas" apabila ditanya mengenai mangsa-mangsa yang diserangnya.

Keluarga Hussain tidak hadir di mahkamah semasa hukuman dijatuhkan. Hakim membenarkannya membuat satu panggilan setelah kesnya dibicarakan. 

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan