Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pasukan RSAF selamatkan anak kapal yang tiba-tiba sakit dekat perairan S'pura

Encik Chen Youwen sedang berkerja di kapal komersil lebih 200 kilometer dekat perairan Singapura pada hujung minggu lalu apabila beliau tiba-tiba sakit dada. 

Anggaran Waktu Membaca:
Pasukan RSAF selamatkan anak kapal yang tiba-tiba sakit dekat perairan S'pura

Para anggota 126 SQN dan pasukan perubatan 1 Medical SQN bersama Encik Chen Youwen. (Gambar: Facebook CPL Samuel Chua/RSAF)

Diterbitkan : 19 May 2017 02:36PM Dikemas Kini : 19 May 2017 02:39PM

SINGAPURA: Encik Chen Youwen sedang berkerja di kapal komersil lebih 200 kilometer dekat perairan Singapura pada hujung minggu lalu apabila beliau tiba-tiba sakit dada.

Mujur ketika itu pasukan mencari dan menyelamat Rescue 10 Angkatan Tentera Udara Republik Singapura (RSAF) berjaya menyelamatkannya.

Encik Chan dibawa ke Hospital Besar Singapura dengan menaiki helikopter Super Puma untuk mendapatkan rawatan lanjut, menurut catatan Facebook RSAF pada Khamis (18 Mei).

RSAF menyatakan bahawa sehari selepas insiden itu, kakitangan dari 126 SQN dan pasukan perubatan dari 1 Medical SQN melawat Encik Chen di hospital, dan mereka termasuk MSG Mah Siew Fai, LTA Lim Jia Xiang, MAJ Chieng Kwok Wei, 3SG Dhruv Kotteri, LCP Gary Sim dan CPT (DR) Paul Jon Goh.

"Saya tahu saya selamat dengan RSAF. Terima kasih kepada anda semua!" kata Encik Chen, menurut catatan itu.  

Sumber : CNA/ns
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan