Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pasukan pakar S'pura dikerah untuk bantu kenal pasti mangsa nahas AirAsia

Singapura telah menghantar lagi lapan orang pakar ke Surabaya petang ini bagi membantu proses mengenal-pasti identiti mayat yang telah dijumpai di Laut Jawa ekoran insiden terhempasnya pesawat Air Asia QZ 8501.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 03 Jan 2015 06:02PM Dikemas Kini : 05 Jan 2015 12:18PM

SINGAPURA: Singapura menghantar lapan orang pakar ke Surabaya petang ini bagi membantu proses mengenal pasti identiti mayat yang dijumpai di Laut Jawa, ekoran insiden terhempasnya pesawat AirAsia QZ8501.

Menteri Negara Ehwal Luar merangkap Ehwal Dalam Negeri, Encik Masagos Zulkifli mengesahkan bantuan terkini Singapura itu di laman Facebook beliau.

Apabila dihubungi BERITAMediaCorp, Encik Masagos berkata mereka adalah pakar dalam forensik dan patologi, dan berpengalaman dalam membantu mengenal pasti identiti mangsa tsunami di Phuket sebelum ini.

Menurut Encik Masagos lagi, mereka berjaya menghasilkan satu kaedah bagi mengenal pasti identiti mangsa walaupun berada dalam keadaan yang rapuh.

Encik Masagos turut menghantar kelapan-lapan anggota pasukan itu di Lapangan Terbang Changi petang ini, sebelum mereka berangkat ke Surabaya.

Beliau berharap pasukan itu akan dapat membantu sebaiknya dalam meringankan masalah yang dihadapi Indonesia, ekoran tragedi pesawat AirAsia QZ8501 yang terhempas di Laut Jawa, Ahad lalu.

Sumber : BERITA Mediacorp/ag
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan