Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Para peruncit mungkin tidak lagi dibenarkan untuk menjual rokok secara terbuka

Para peruncit tidak lagi dibenarkan untuk menjual rokok secara terbuka 

Anggaran Waktu Membaca:
Para peruncit mungkin tidak lagi dibenarkan untuk menjual rokok secara terbuka

Gambar fail seorang pengguna sedang menimbangkan untuk membeli rokok.

Diterbitkan : 12 Mar 2015 10:58PM Dikemas Kini : 12 Mar 2015 11:03PM

SINGAPURA: Para peruncit tidak lagi dibenarkan untuk menjual rokok secara terbuka menyusuli pindaan terhadap akta kawalan iklan dan penjualan tembakau tahun ini.

Setiausaha Parlimen Kesihatan Dr Muhammad Faishal Ibrahim memberitahu Parlimen bahawa pindaan tersebut akan diusulkan di Parlimen tahun ini bagi mengharamkan penjualan rokok secara terbuka di kaunter-kaunter kedai runcit.

Tempoh selama 12 bulan akan diberikan kepada para peruncit untuk mematuhi undang-undang baru itu.

Menurut Dr Faishal, MOH akan mengadakan sesi mengumpul maklum balas mengenai sama ada produk-produk tembakau seharusnya diselaraskan.

Dr Faishal menegaskan, ini mungkin dapat mengurangkan daya tarikan rokok dan ia juga mungkin satu cara yang berkesan dalam menggalak para individu supaya berhenti merokok atau membuang tabiat itu sama sekali.  

Sumber : CNA/ag
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan