Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Para menteri S'pura kunjungi Sultan Johor sempena Raya

Para pemimpin Singapura mengunjungi Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar sempena Hari Raya Aidilfitri hari ini.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 17 Jul 2015 03:13PM Dikemas Kini : 20 Jul 2015 11:55AM

SINGAPURA: Para pemimpin Singapura mengunjungi Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar sempena Hari Raya Aidilfitri hari ini.

Menteri di Pejabat Perdana Menteri Chan Chun Sing dan Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga Tan Chuan-Jin, bertemu Sultan Johor di di Istana Bukit Serene, di mana mereka bertukar-tukar hadiah dan ucap selamat.

Ditemani oleh isteri masing-masing, para menteri juga menikmati jamuan tengah hari dengan keluarga kerabat diraja Johor. 

Lawatan itu merupakan tradisi tahunan Hari Raya Aidilfitri bagi mengukuhkan hubungan mesra antara Singapura dan Johor.

Sultan Johor pertama kali mengundang menteri-menteri Singapura pada 1997.

Sumber : CNA/nd
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan