Images
  • SS book
    Buku panduan Sains Kemasyarakatan yang mencetuskan kontroversi. (Gambar: Ahmad Martin/ Facebook) 

Panduan Pendidikan Sosial cetus kontroversi, bukan buku diluluskan MOE

SINGAPURA: Sebuah buku Menengah Tiga Pendidikan Sosial mencetuskan kontroversi online kerana kandungannya tidak tertera dalam senarai buku teks yang diluluskan Kementerian Pendidikan (MOE), demikian disahkan kementerian itu hari ini (14 Mac).

Gambar-gambar salah satu lampiran buku itu dengan tajuk "Status Sosio-Ekonomi" (SES) menjadi viral dengan netizens mengkritik cara buku itu menyifatkan golongan "SES rendah".

Buku panduan itu yang dinamakan "Complete Guide to GCE O-Level Social Studies Volume 1" (Jilid 1 Panduan Menyeluruh Pendidikan Sosial bagi GCE Peringkat 'O') yang diedarkan oleh MarketAsia Books mentakrifkan SES sebagai salah satu faktor "yang membentuk identiti seseorang".

Buku yang diterbitkan LearnAsia juga menyertakan senarai pilihan peribadi yang dipercayai diambil oleh mereka dengan SES rendah. Senarai itu termasuk "menggunakan Singlish ataupun bahasa dialek yang berbeza dalam perbualan seharian mereka," bermain "sukan seperti bola sepak ataupun bola keranjang" di estet HDB, "makan di pusat makanan ataupun di rumah" dan golongan muda yang "bekerja separuh masa semasa cuti sekolah" untuk "memenuhi keperluan asas keluarga mereka".

Pengguna Facebook, Ahmad Matin memuat naik gambar bahagian SES dalam buku itu pada Isnin lalu (12 Mac) dengan kapsyen: "Terperanjat (saya) bahawa ini diterbitkan. Saya sangat kecewa!". Beliau turut 'tag' MOE dalam catatan itu.

Sejauh pagi ini, catatan itu dikongsi lebih 4,750 kali dan mendapat 850 interaksi serta 280 komen.

Dalam responsnya, MOE menyatakan bahawa buku itu "bukan salah sebuah buku dalam senarai buku yang diluluskan Kementerian Pendidikan".  

- CNA/SM/fa

Top