Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pancuran air besar dilihat di East Coast

Sengkayan atau pancuran air yang besar dapat dilihat di East Coast pagi tadi (18 Jun).

Anggaran Waktu Membaca:
Pancuran air besar dilihat di East Coast

Sengkayan dilihat di East Coast, 18 Jun. (Gambar: Yik Lim)

Diterbitkan : 18 Jun 2017 04:40PM Dikemas Kini : 18 Jun 2017 04:59PM

SINGAPURA: Sengkayan atau pancuran air yang besar dapat dilihat di East Coast pagi tadi (18 Jun).

Seorang saksi, Yik Lim, yang menghubungi talian hotline Mediacorp, berkongsi gambar sengkayan tersebut dan berkata ia muncul "hanya seketika, namun agak besar".

Encik Lim dan isteri beliau melihatnya dari kondominium mereka di Marine Parade sekitar pukul 9.15 pagi sebelum hujan lebat pagi tadi.

Seorang lagi pemanggil, Encik Rudi memberitahu Mediacorp beliau dapat melihat sengkayan itu dari Hab DBS Asia di Taman Perniagaan Changi.

Sengkayan adalah fenomena yang lazimnya dilihat dalam keadaan cuaca yang dikaitkan dengan hujan lebat berserta guruh, menurut Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) di lamannya.

"Disebabkan tekanan rendah di bawah awan menyebabkan air ditarik ke udara, membuatkannya kelihatan seperti corong," menurut NEA.

"Walaupun corong itu kelihatan seperti ia sedang menarik air naik, ia sebenarnya titisan air yang sedang berpusaran di udara. Sedang ia berputaran dan naik ke atas, udara yang lembap menjadi sejuk dan berwap, sehingga sengkayan itu jelas kelihatan."

NEA menambah sengkayan boleh berlaku pada bila-bila masa, namun lazimnya ia muncul antara bulan Mac dengan Oktober semasa cuaca hujan lebat berserta ribut petir mungkin berlaku.

Sumber : CNA/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan