Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Paip air bocor jejas 3 lif di blok Clementi Mall

Beberapa penduduk yang tinggal di blok HDB yang terletak di atas Clementi Mall - iaitu sebuah blok 40 tingkat - mengalami masalah khidmat lif selama beberapa jam.  

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 13 Sep 2017 10:27PM Dikemas Kini : 15 Sep 2017 09:31PM

SINGAPURA: SINGAPURA: Beberapa penduduk yang tinggal di blok HDB yang terletak di atas Clementi Mall - iaitu sebuah blok 40 tingkat - mengalami masalah khidmat lif selama beberapa jam.

Ini selepas berlaku kebocoran dari paip bekalan air yang pecah, menyebabkan tiga daripada empat lif dari blok empat tersebut tidak boleh beroperasi pada Rabu (13 Sep).

Lif A, C and D daripada blok 441A Clementi Avenue 3, tidak dapat beroperasi apabila paip air yang menyambung ke bilik pam bocor.

Khidmat bagi lif C sudah kembali beroperasi, namun lif A dan D masih belum lagi dapat beroperasi.

Majlis Bandaran Jurong-Clementi mendapat tahu tentang kejadian paip air yang bocor itu pada sekitar jam 2.00 petang, menurut Anggota Parlimen GRC Jurong, Dr Tan Wu Meng, yang turut merupakan anggota majlis bandaran.

Tidak ada seorang pun yang berada di dalam lif ketika kejadian berlaku, Dr Tan memberitahu Mediacorp.

Beliau menambah, dalam masa sejam, agensi air PUB membantu mengasingkan bekalan air.

Kontraktor lif, Fujitec turut bekerjasama untuk memulihkan perkhidmatan lif. Dr Tan berkata bahawa mujur lif C kembali beroperasi.

Para penduduk memberitahu beliau bahawa menyusahkan apabila lif C dan D yang tidak beroperasi pada masa yang sama, memandangkan kedua lif tersebut berkhidmat ke tingkat-tingkat yang sama - iaitu daripada tingkat 1 hingga 25, Dr Tan memberitahu Mediacorp.

Majlis bandaran sedang mengendalikan pembaikan paip, serta lif yang terjejas, kata Dr Tan. Blok 441A tambah beliau adalah blok baru, yang dilancarkan sekitar tahun 2010.

Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan