Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Orchard Rd sunyi sedang negara berkabung

Sebilangan perniagaan menutup pintu masing-masing sebagai tanda hormat buat beliau pada hari Persemadian Negara bagi beliau hari ini.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 30 Mar 2015 12:19AM Dikemas Kini : 30 Mar 2015 09:12AM

SINGAPURA: Sedang seluruh negara berkabung dan meratapi pemergian Pengasas Singapura Moden, Encik Lee Kuan Yew, sebilangan perniagaan menutup pintu masing-masing sebagai tanda hormat buat beliau pada hari Upacara Persemadian Negara bagi beliau hari ini.

Siang tadi, jalan raya di Orchard Road tidak sesibuk Ahad biasa. Perniagaan juga tidak rancak.

Rakyat Singapura terpaku ke skrin-skrin gergasi dan televisyen di serata Orchard untuk mengikuti Upacara Persemadian Negara itu.

Kesunyian di Orchard Road begitu ketara. Gedung Metro menutup kesemua lima cawangannya termasuk di Centrepoint. Gedung beli belah Tangs juga menutup pintunya hari ini.

Sebahagian anggota masyarakat melahirkan rasa kecewa tidak dapat sama-sama mendereti jalan raya kerana hujan lebat dan terpaksa menontonnya di dalam bangunan dan stesen MRT.

Bagi sebahagian perniagaan lain seperti Ya Kun Kaya Toast, ia menutup pintu kesemua 48 cawangannya di serata Negara selama dua jam.

Yang pasti, warga tempatan menyahut seruan supaya memberi penghormatan terakhir sejenak apabila semboyan dibunyikan, serta melaungkan ikrar negara dan menyanyikan lagu kebangsaan, di tepi jalan raya Orchard Road.

Yang pasti juga, ada yang menitiskan air mata.

Sumber : CNA/nd
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan