Images
  • private homes
    Gambar fail kondominium privet yang sedang dibina di Singapura. (Gambar: AFP/Roslan Rahman)

Orang ramai dipelawa beri maklum balas gunakan kediaman privet untuk disewa jangka pendek

SINGAPURA: Penguasa Pembangunan Semula Bandar (URA) mempelawa maklum balas orang ramai berhubung satu rangka kerja undang-undang yang disarankan bagi penggunaan hartanah kediaman privet sebagai tempat disewakan bagi penginapan jangka pendek.

Dalam satu kenyataan media hari ini (16 Apr), URA menyatakan rangka kerja itu dihasilkan selepas satu sesi mengumpul maklum balas diadakan pada 2015 untuk lebih memahami pandangan orang ramai berhubung penggunaan hartanah kediaman privet bagi penginapan jangka pendek.

Menerangkan rangka kerja itu dengan lebih terperinci, URA menyatakan ia mengandungi "kriteria kelayakan bagi kediaman untuk digunakan sebagai tempat penginapan jangka pendek; keperluan dan syarat yang harus dipatuhi pemilik rumah yang menyewakan hartanah mereka sebagai tempat penginapan jangka pendek; dan peranan serta tanggungjawab pihak-pihak berkepentingan seperti Perbadanan Pengurusan Hak Milik Strata (MCST) serta platform tempat penginapan jangka pendek dalam memastikan kegiatan-kegiatan tersebut dijalankan menurut peraturan-peraturan yang disarankan".

Orang ramai boleh berkongsi pandangan mereka mereka rangka kerja yang disarankan itu melalui laman URA sehingga 31 Mei ini.  

- CNA/SM/sm

Top