Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Ong Ye Kung: S'pura perlu 'berani dan bijak' dalam aspek pendidikan

Encik Ong Ye Kung dalam sesi pembahasan Ucapan Presiden semalam (15 Mei) menggesa warga Singapura supaya menjadi 'berani dan bijak' untuk memajukan pendidikan.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 16 May 2018 01:15AM Dikemas Kini : 16 May 2018 01:17AM

SINGAPURA: Encik Ong Ye Kung dalam sesi pembahasan Ucapan Presiden semalam (15 Mei) menggesa warga Singapura supaya menjadi 'berani dan bijak' untuk memajukan pendidikan.

Untuk melakukan ini, pemerintah perlu mendengar pandangan semua lapisan rakyat. Encik Ong menarik perhatian, tiada mesej tunggal dari rakyat, sebaliknya kepelbagaian pandangan, yang bertentangan dan kompleks.

Misalnya, menangani seruan untuk memansuhkan sistem aliran di sekolah rendah atau memansuhkan PSLE.

Encik Ong berkata sistem pemarkahan-T PSLE akan digantikan mulai 2021 dengan tahap pencapaian lebih luas.

Beliau menyifatkannya sebagai "langkah besar" dalam mengurangkan tekanan akademik.

Bagi membantu kanak-kanak dari keluarga kurang mampu, terdapat dasar-dasar seperti KidSTART dengan tujuan membantu 1,000 kanak-kanak dalam program perintis tiga tahun.  

Sumber : CNA/NU/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan