Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

oBike henti operasi di S'pura, sukar penuhi syarat-syarat baru LTA

Syarikat sewa basikal oBike akan menghentikan operasinya di Singapura bermula hari ini (25 Jun) disebabkan kesukaran untuk memenuhi keperluan baru yang ditetapkan Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) bagi mengatasi basikal yang diletak sembarangan.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 25 Jun 2018 01:16PM Dikemas Kini : 26 Jun 2018 05:11PM

SINGAPURA: Syarikat sewa basikal oBike akan menghentikan operasinya di Singapura bermula hari ini (25 Jun) disebabkan kesukaran untuk memenuhi keperluan baru yang ditetapkan Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) bagi mengatasi basikal yang diletak sembarangan.

"oBike mengumumkan keputusannya untuk berhenti beroperasi di Singapura kerana menjangkakan kesukaran untuk memenuhi keperluan dan garis panduan baru oleh LTA," menurut syarikat itu.

oBike menambah bahawa ia percaya khidmat kongsi basikal tanpa dok akan memberi manfaat kepada para pengguna dan sistem pangangkutan Singapura. Namun, ia menyatakan bahawa "langkah-langkah peraturan baru itu tidak menyebelahi syarikatnya".

Keputusan itu hanya melibatkan operasi oBike di negara ini dan tidak menjejas khidmatnya di negara-negara lain.

Para pengguna yang masih ingin menggunakan khidmat oBike di sini boleh melakukan demikian dengan rakan kerjanya GrabCycle, menurut oBike. Mereka dinasihati supaya menghubungi GrabCycle untuk sebarang pertanyaan tentang khidmat-khidmat oBike, tambahnya.

Grab bagaimanapun menyatakan pihaknya tidak dapat lagi menawarkan khidmat oBike kerana pengurangan 14,000 basikal akan menjejas klien mereka pada jangka masa pendek ini.

Dengan itu, Grab akan menghentikan pendaftaran baru buat masa ini.

Semua pengguna oBike yang melanggani keanggotaan 'Super VIP' oBike juga masih boleh menggunakan khidmat oBike di semua negara-negara yang menawarkan khidmat itu, kecuali Singapura.

Syarikat tersebut turut melahirkan "penghargaan yang sedalam-dalamnya terhadap lebih 1 juta pengguna" di Singapura yang menyokongnya sejak ia dilancarkan pada Januari tahun lalu.

LTA menetapkan 7 Julai sebagai tarikh akhir bagi semua syarikat pengendali basikal kongsi untuk menyerahkan permohonannya bagi mendapatkan lesen untuk beroperasi di Singapura.

Permohonan yang diterima akan disemak dan lesen akan diberikan menjelang bulan September.

Langkah itu sebahagian daripada Undang-Undang Tempat Letak Basikal (Pindaan) yang diluluskan bagi menangani masalah basikal diletak sembarangan.

Rangka kerja pelesenan itu memerlukan para pengendali memastikan bahawa para pengguna mengimbas kod QR di tempat letak basikal sebagai bukti mereka sudah meletakkan basikal yang digunakan di tempat yang betul selepas selesai menggunakannya. Para pengguna yang gagal untuk meletak basikal di tempat khas akan terus dikenakan bayaran sewa.  

Sumber : CNA/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan