Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

NUS lantik Tan Eng Chye sebagai presiden; lebih banyak tempat disediakan bagi pembelajaran sepanjang hayat

NUS menambah ini adalah sebahagian daripada pelan untuk membuat pembelajaran lebih inklusif.

Anggaran Waktu Membaca:
NUS lantik Tan Eng Chye sebagai presiden; lebih banyak tempat disediakan bagi pembelajaran sepanjang hayat

Profesor Tan Eng Chye akan menjadi presiden baru Universiti Nasional Singapura mulai Januari 2018. (Gambar: NUS)

Diterbitkan : 28 Jul 2017 08:07PM Dikemas Kini : 28 Jul 2017 08:09PM

SINGAPURA: Universiti Nasional Singapura (NUS) menamakan Profesor Tan Eng Chye sebagai presiden barunya dan pelantikan itu akan berkuat kuasa pada Januari 2018.

Profesor Tan, seorang pakar Matematik dan alumni NUS sudah menjadi provos NUS sejak 10 tahun lalu.

Beliau akan menggantikan presiden yang ada sekarang Tan Chorh Chuan, yang akan dipinjamkan kepada Kementerian Kesihatan, menurut NUS dalam satu kenyataan media hari ini (28 Jul).

Presiden yang baru itu, 56 tahun, berkata beliau akan memberikan tumpuan kepada tiga bidang - pembelajaran sepanjang hayat, pembelajaran peribadi dan pembelajaran inklusif.

Sebagai sebahagian daripada usaha menggalak pembelajaran sepanjang hayat, beliau mengumumkan NUS akan membuka sehingga 5,000 tempat setiap tahun bagi lima tahun seterusnya untuk para alumni NUS dan semua rakyat Singapura untuk mengambil kursus-kursus di NUS.

Ini adalah satu peningkatan daripada inisiatif yang diumumkan pada bulan Mei bahawa 140 kursus dari lapan sekolah dan fakulti akan dibuka kepada para almuni NUS dalam masa tiga tahun seterusnya.

Kursus-kursus itu sudah terlebih daftar, dedah Profesor Tan, yang berkata terdapat lebih 8,000 pemohon bagi 770 tempat yang disediakan.

NUS juga sedanag merancang untuk menawarkan modul-modul tertentu untuk para mahasiswa yang berminat untuk belajar di NUS dan tidak mempunyai kelulusan GCE A.

Program perintis itu akan bermula Januari 2018 dengan kursus program asas di bawah sekolah perkomputeran.

Para pemohon akan melalui penerimaan bedasarkan kebolehan dan mereka harus menamatkan satu penggal kursus itu.

Jika mereka mendapat keputusan yang baik, mereka akan diberikan pertimbangan yang lebih baik bagi kemasukan mereka ke satu disiplin yang khusus atau fakulti.

NUS menambah ini adalah sebahagian daripada pelan untuk membuat pembelajaran lebih inklusif. 

Sumber : CNA/RU/ru
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan