Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

NTUC U Family gesa agar aturan kerja lebih fleksibel diberikan kepada pekerja wanita mengandung

NTUC U Family menggesa agar aturan kerja yang lebih fleksibel diberikan kepada pekerja wanita yang mengandung

Anggaran Waktu Membaca:
NTUC U Family gesa agar aturan kerja lebih fleksibel diberikan kepada pekerja wanita mengandung

Gambar fail dua orang wanita yang sedang hamil di Singapura. (Gambar: AFP/Roslan Rahman)

Diterbitkan : 13 Mar 2015 04:44PM Dikemas Kini : 13 Mar 2015 05:04PM

SINGAPURA: Unit Pembangunan Keluarga Kongres Kesatuan Sekerja, NTUC U Family menggesa agar aturan kerja yang lebih fleksibel diberikan kepada pekerja wanita yang mengandung.

Gesaan itu dibuat menyusuli satu dapatan kajian Happiness Poll, yang menunjukkan, 9 dalam 10 wanita mengandung berhasrat untuk kembali semula bekerja selepas mengambil cuti bersalin. 

Tinjauan itu dilakukan Disember lalu, melibatkan hampir 190 wanita hamil yang menganggotai unit U Family, NTUC.

Menurut NTUC, dengan masa bekerja yang lebih fleksibel ia dapat membantu kaum ibu bekerja mengurus masa  untuk  bekerja atau mengambil cuti jika perlu menjalani pemeriksaan.

Pengarah NTUC U Family, Toh Hwee Tin berkata wanita hamil biasanya memerlukan antara 10 dengan 15 pemeriksaan pra-bersalin selama 2 jam setiap sesi, sepanjang jangka masa mereka mengandung. 

Kadang-kadang pemeriksaan itu perlu dilakukan pada waktu kerja.

Menurut Cik Toh, para majikan harus mengambil pendekatan mesra-pekerja, sebagai kebajikan jangka panjang yang ditawarkan syarikat.

Memberikan sokongan sedemikian, tambah beliau, bukan sahaja dapat menggalak kaum ibu kembali bekerja selepas bersalin tetapi yang lebih penting untuk memikat dan mengekalkan bakat terbaik dalam syarikat.

Sumber : CNA/ag
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan