Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

NTU terima sumbangan S$22 juta bantu pelajar lanjutkan pengajian perubatan

Universiti Teknologi Nanyang (NTU) menerima sumbangan S$22 juta untuk membentuk dana endowmen bagi para pelajar melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan dan kajian dalam jagaan kesihatan.

Anggaran Waktu Membaca:
NTU terima sumbangan S$22 juta bantu pelajar lanjutkan pengajian perubatan
Diterbitkan : 13 Aug 2018 11:42PM Dikemas Kini : 15 Aug 2018 03:33PM

SINGAPURA: Universiti Teknologi Nanyang (NTU) menerima sumbangan S$22 juta untuk membentuk dana endowmen bagi para pelajar melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan dan kajian dalam jagaan kesihatan.

Separuh sumbangan itu datang daripada harta pusaka Irene Tan Liang Kheng. Ia merupakan jumlah terbesar oleh seorang penderma persendirian.

Setiap dolar sumbangannya itu dipadankan oleh pemerintah, menjadikan nilai keseluruhan S$22 juta.

Demi mengiktiraf sumbangan tersebut, Presiden NTU Profesor Subra Suresh merasmikan Auditorium Ong Tiong Tat dan Irene Tan Liang Kheng di kampus Novena NTU, sempena nama pasangan dermawan itu.

Dana tersebut akan menyokong usaha-usaha NTU dalam memastikan para pelajar Singapura yang layak dapat melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan, meskipun menghadapi kesulitan kewangan.

Dana itu juga akan membiayai dua pengajian professor mengenai penyakit-penyakit seperti kencing manis dan kesihatan mental serta kajian bagi meningkatkan jagaan kesihatan yang bermutu untuk penduduk.

Sumber : CNA/MM/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan