Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

NTU, Schaeffler tubuh makmal bagi hasilkan alat pengangkutan peribadi

Papan gelungsur yang menunjuk arah ke rumah anda dengan selamat dan menjadi troli untuk barang beli-belah.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 20 Mar 2017 10:04PM Dikemas Kini : 20 Mar 2017 11:39PM

SINGAPURA: Papan gelungsur yang menunjuk arah ke rumah anda dengan selamat dan menjadi troli untuk barang beli-belah.

Ini mungkin masa depan alat pengangkutan peribadi di Singapura.

Universiti Teknologi Nanyang dan kumpulan syarikat Schaeffler pada siang tadi (20 Mac) memeterai perjanjian kajian induk untuk menubuhkan makmal kajian bernilai S$5 juta.

Para pengkaji akan meninjau pelbagai aspek pengangkutan peribadi di ruang-ruang perbandaran dan sistem pengangkutan bijak bagi bandar-bandar mega pada masa depan.

Ini termasuk papan gelungsur elektronik yang cukup bijak untuk mengesan halangan di sepanjang laluan, dan e-basikal yang dilengkapi sistem gear automatik.

Kawasan NTU seluas 200 hektar akan menjadi tapak ujian bagi teknologi-teknologi baru itu.

Sumber : CNA/nd
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan