Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

NTU anjur Ekspo Teknologi yang tampilkan pelbagai inovasi untuk pengguna

Jika anda mahu melihat gambaran teknologi canggih untuk kegunaan orang ramai, anda tidak perlu lagi pergi jauh.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 19 Mar 2017 09:18PM Dikemas Kini : 22 Mar 2017 01:54AM

SINGAPURA: Jika anda mahu melihat gambaran teknologi canggih untuk kegunaan orang ramai, anda tidak perlu lagi pergi jauh.

Buat julung-julung kalinya, Universiti Teknologi Nanyang (NTU) menganjurkan Ekspo Teknologi, yang menampilkan pelbagai inovasi untuk pengguna.

Antara projek menarik yang dipamerkan ialah 'Invisible Headphones'- pembesar suara yang hanya boleh didengar pada jarak dekat.

Pemajunya sudahpun diberi geran $250,000 untuk menjadikannya alat yang boleh dipasarkan.

Satu lagi inovasi adalah sistem kabel bekalan elektrik kereta api yang boleh mengesan sendiri kerosakan yang berlaku.

Produk ini akan diserahkan kepada syarikat pengendali kereta api, SMRT, pada tahun 2019. Dua projek ini adalah di kalangan 20 yang dipamerkan di Ekspo Teknologi NTU.

Kesemua projek itu merangkumi empat bidang - sains bioperubatan, khidmat digital, pengilangan maju dan huraian mengenai aspek perbandaran.

Menurut NTU, empat bidang itu selaras dengan pelan Penyelidikan, Inovasi dan Perusahaan 2020 yang dilancarkan pemerintah tahun lalu.

Sumber : CNA/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan