Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

NETS mohon maaf atas gangguan khidmatnya dek 'kesilapan manusia'

NETS memohon maaf hari ini (13 Feb) kepada pelanggannya di atas gangguan perkhidmatan yang berlaku selama sejam pada 2 Februari lalu antara 2 petang hingga 3 petang.

Anggaran Waktu Membaca:
NETS mohon maaf atas gangguan khidmatnya dek 'kesilapan manusia'

Terminal NETS FlashPay di Pusat Penjaja Tanjong Pagar. (Gambar: NETS)

Diterbitkan : 13 Feb 2018 06:09PM Dikemas Kini : 13 Feb 2018 06:19PM

SINGAPURA: NETS memohon maaf hari ini (13 Feb) kepada pelanggannya di atas gangguan perkhidmatan yang berlaku selama sejam pada 2 Februari lalu antara 2 petang hingga 3 petang.

"Kami minta maaf kepada semua pelanggan dan peniaga yang terjejas oleh gangguan itu. Khidmat NETS sudahpun kembali pulih dan beroperasi seperti biasa," menurut NETS dalam satu kenyataan media.

Pengendali itu menjelaskan bahawa gangguan tersebut bukan disebabkan sebarang "risiko sistemik ataupun isu keselamatan" tetapi adalah kerana kesilapan manusia.

"Kami sudah selesai menjalankan siasatan ke atas punca insiden berkenaan dan memutuskan bahawa insiden itu berpunca daripada kelalaian manusia semasa menyenggara sistem sekaligus menggangu hubungan NETS EFTPOS dengan bank-bank yang menyertai kami.

"Insiden itu bukan disebabkan sebarang risiko sistemik ataupun isu keselamatan," menurut NETS.

Menurut NETS lagi, ia sudah menyerahkan satu laporan siasatan kepada Penguasa Kewangan Singapura (MAS) dan melantik penasihat bebas untuk mempertingkatkan proses-prosesnya agar dapat mencegah berlakunya insiden serupa pada masa depan.  

Sumber : CNA/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan