Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

NEA saran perubahan pada syarat kontrak antara perusahaan sosial, penjaja

Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) menyatakan bahawa ia sudah menyarankan beberapa pengubahsuaian untuk menstandardkan terma-terma kontrak antara syarikat-syarikat perusahaan sosial dengan para penjaja.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 09 Nov 2018 04:55PM Dikemas Kini : 09 Nov 2018 10:43PM

SINGAPURA: Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) menyatakan pada Jumaat (9 Nov) bahawa ia sudah menyarankan beberapa pengubahsuaian untuk menstandardkan terma-terma kontrak antara syarikat-syarikat perusahaan sosial dengan para penjaja menyusuli maklum balas yang diterima daripada para penjaja, pengunjung dan pelanggan serta para pengendali perusahaan sosial.

Keempat-empat perubahan itu termasuk memansuhkan terma-terma tertentu bagi melindungi kepentingan para penjaja dengan lebih baik lagi, dedah NEA.

Salah satu terma kontrak yang berat dan membebankan adalah klausa penamatan kontrak lebih awal daripada yang ditetapkan di mana para pegerai harus membayar sewa bagi baki tempoh kontrak.

Menurut NEA, terma-terma sedemikian adalah sesuatu yang dianggap perkara biasa bagi pusat makanan dan kedai kopi.

Sungguhpun demikian, NEA mendedahkan bahawa pihaknya sejauh ini belum lagi mengalami sebarang insiden di mana kontrak ditamatkan lebih awal daripada jadual yang ditetapkan.

Perubahan-perubahan lain adalah berkaitan tempoh operasi gerai, tempoh notis pembatalan kontrak dan wang cengkeram serta perubahan-perubahan lain yang melibatkan yuran guaman dan kos ganti rugi.

Para pegerai mungkin beroperasi sekurang-kurangnya lima hari seminggu atau lebih jika mereka ingin berbuat demikian, menurut NEA. Buat masa ini, para pegerai dikehendaki menjaja enam hari seminggu. Operasi perusahaan sosial juga akan menawarkan pilihan waktu operasi kepada para penjaja.

Tempoh notis pembatalan juga akan distandardkan bagi semua pengendali, iaitu tidak lebih dua bulan, menurut NEA. Wang cengkeram yang dipegang oleh pihak pengendali juga tidak seharusnya melebihi jumlah sewa selama dua bulan.

Jika tempoh notis yang cukup diberikan, maka pihak pegerai tidak akan kehilangan wang cengkeramnya. Pengendali juga tidak akan meminta para pegerai untuk membayar sewa yang melebihi dua bulan atau sehingga pengganti atau pegerai baru mengambil alih gerai, selagi perjanjiannya tidak dicabuli.

Bagi perubahan-perubahan lain, para pengendali mungkin mengenakan ganti rugi jumlah tertentu bagi pelanggaran peraturan atau syarat-syarat lain yang tidak melebihi S$50 bagi kesalahan kecil dan S$100 bagi sebarang pelanggaran yang lebih besar, dedah NEA.

Dengan perubahan-perubahan tersebut, ini bermakna terma-terma kontrak akan lebih selaras dengan pusat-pusat penjaja yang diuruskan oleh NEA.

Perubahan-perubahan itu akan dikuatkuasakan mulai 1 Januari 2019.

Sumber : CNA/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan