Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Nanoplastik berisiko jejas manusia

Para penyelidik di Universiti Nasional Singapura (NUS) sedang mengkaji kesan nano plastik pada organisma marin.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 31 May 2018 09:43PM Dikemas Kini : 31 May 2018 09:46PM

SINGAPURA: Para penyelidik di Universiti Nasional Singapura (NUS) sedang mengkaji kesan nano plastik pada organisma marin.

Mereka mendapati hasil penyelidikan itu sesuatu yang membimbangkan dan di luar dugaan.

Dianggarkan terdapat 150 juta tan plastik di seluruh laut di dunia.

Plastik-plastik tidak lupus begitu sahaja.

Sebaliknya ia hancur menjadi bentuk-betuk kecil dipanggil sebagai mikroplastik yang kemudiannya dimakan haiwan laut.

Dalam penyelidikannya sebuah kumpulan di NUS melakukan kajian lebih mendalam terhadap plastik yang amat halus dipanggil nanoplastik.

Mereka menggunakan teritip untuk mengetahui bagaimana nanoplastik boleh memberikan kesan terhadap organisma marin.

Teritip diberi makan nanoplastik sejak di peringkat larva.

Hasilnya plastik amat halus yang dimakan teritip di tahap larva, kekal di dalam tubuhnya dan terkumpul sehingga haiwan itu mencapai tahap 'dewasa'.

Ini membuktikan bahawa nanoplastik sangat kecil sehinggakan ia boleh masuk ke aliran darah larva dan menyusup ke dalam dinding sel, yang kemudiannya merebak ke seluruh badannya.

Ia juga boleh menyerap bahan kimia daripada laut.

Memandangkan teritip ini merupakan yang paling bawah dalam 'rantai makanan', ini bermakna secara tidak langsung, ia boleh membawa kesan kepada manusia. 

Sumber : CNA/UR/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan