Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Nahas 4 sekeluarga rakyat S'pura di Port Dickson: Pemandu lori mengaku tidak bersalah

Seorang pemandu lori mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret hari ini (22 Mac) atas tuduhan memandu secara berbahaya hingga menyebabkan kematian empat rakyat Singapura dalam kemalangan di Lukut pada awal Januari lalu.

Anggaran Waktu Membaca:
Nahas 4 sekeluarga rakyat S'pura di Port Dickson: Pemandu lori mengaku tidak bersalah

Keluarga dari Singapura maut dalam kemalangan di persimpangan Lukut-Sepang, dekat Port Dickson.

Diterbitkan : 22 Mar 2018 04:10PM Dikemas Kini : 22 Mar 2018 04:12PM

PORT DICKSON: Seorang pemandu lori mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret hari ini (22 Mac) atas tuduhan memandu secara berbahaya hingga menyebabkan kematian empat rakyat Singapura dalam kemalangan di Lukut pada awal Januari lalu.

P. Mani, 54, membuat pengakuan itu di hadapan Majistret Siti Khairiah Abdul Razak selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan oleh jurubahasa mahkamah.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di lampu isyarat Jalan Lukut-Sepang kira-kira pukul 2.30 petang, 3 Januari lalu.

Kemalangan itu menyebabkan kematian Rosli Samad, 54; isterinya, Maimunah Sapari, 51, dan dua anak pasangan itu, Nur Amalina, 24, serta Dayana Sarah, 18.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang memperuntukkan hukuman penjara minimum dua tahun dan maksimum 10 tahun serta denda maksimum RM20,000 (S$6,720) selain lesen memandu digantung.

Timbalan Pendakwa Raya, A. Ashwini menawarkan ikat jamin sebanyak RM20,000 bagi empat pertuduhan itu.

Bagaimanapun, Siti Khairiah menetapkan jaminan RM8,000 (S$2,690) bagi setiap pertuduhan menjadikan jumlah keseluruhan ialah RM32,000 (S$10,750) selepas tertuduh yang tidak diwakili peguam tidak membuat rayuan terhadap tawaran ikat jamin tersebut.

Majistret turut menetapkan 16 April ini bagi sebutan semula kes berkenaan selain mengarahkan lesen memandu tertuduh digantung.

Sumber : Bernama/IM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan