Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Muzium Negara lanjutkan tempoh pameran Lee Kuan Yew sehingga 24 Mei

Atas sambutan luar biasa, Muzium Negara mungkin melanjutkan tempoh pameran dan waktu kunjungan bagi sebuah pameran mengenai mendiang Lee Kuan Yew.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 04 Apr 2015 06:19PM Dikemas Kini : 05 Apr 2015 03:45PM

SINGAPURA: Muzium Negara Singapura mungkin melanjutkan tempoh pameran dan waktu kunjungan bagi sebuah pameran mengenai mendiang Encik Lee Kuan Yew, atas sambutan luar biasa daripada orang ramai.

Pameran berjudul 'In Memoriam: Lee Kuan Yew Exhibition' itu menampilkan barang-barang milik peribadi Encik Lee, dan menarik ribuan pengunjung.

Muzium Negara terpaksa berhenti menerima pengunjung 4 jam sebelum waktu tutup semalam (3 April), kerana barisan beratur yang panjang.

Di bawah rancangan yang sedia ada, pameran itu berlangsung sehingga 26 April ini, dan dibuka setiap hari dari 10.00 pagi hingga 8.00 malam.

Sejak dibuka kepada umum pada 25 Mac lalu, lebih 22,800 orang sudah mengunjungi pameran tersebut di Muzium Negara.

Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia Lawrence Wong berkata, beliau sudah meminta agar muzium itu melanjutkan tempoh dan waktu kunjungan pameran tersebut pada hujung minggu. 

Encik Wong juga memberi jaminan kepada orang ramai bahawa barangan peribadi mendiang Encik Lee itu akan diletakkan di Galeri Tetap Muzium Negara dan dipamerkan lagi dari bulan Ogos atau September.

PAMERAN LEE KUAN YEW DILANJUTKAN

Muzium Negara Singapura melanjutkan tempoh pameran dan waktu lawatan untuk pameran 'In Memoriam: Lee Kuan Yew'.

Muzium itu mengumumkan hari ini bahawa pameran itu akan dibuka hingga Ahad, 24 Mei 2015.

Dari 10 April, waktu lawatan untuk pameran itu akan dilanjutkan hingga 10 malam pada setiap Jumaat dan Sabtu. Pelawat yang terakhir dibenarkan masuk pada jam 9 malam.

Pada hari-hari lain, waktu lawatan pameran akan kekal dari jam 10 pagi hingga 8 malam.

Pelawat boleh merujuk ke lelaman Facebook dan Twitter Muzium Negara untuk perkembangan terkini.

Sumber : CNA/nd/ag
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan