Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Muslim S'pura derma $300,000 bagi mangsa Lombok & Laos, kini mahu bantu mangsa di Kerala

Lebih S$300,000 berjaya dikumpulkan daripada masyarakat Melayu/Islam tempatan demi membantu para mangsa gempa di Lombok dan banjir di Laos, menerusi Yayasan Rahmatan Lil Alamin (RLAF).

Anggaran Waktu Membaca:
Muslim S'pura derma $300,000 bagi mangsa Lombok & Laos, kini mahu bantu mangsa di Kerala

Banjir di Kerala. (Gambar: STR / AFP)

SINGAPURA: Lebih S$300,000 berjaya dikumpulkan daripada masyarakat Melayu/Islam tempatan demi membantu para mangsa gempa di Lombok dan banjir di Laos, menerusi Yayasan Rahmatan Lil Alamin (RLAF).

Jumlah tersebut, yang dikumpulkan dari 10 hingga 16 Ogos lalu menerusi masjid-masjid tempatan dan derma secara langsung, akan digunakan untuk membantu mangsa-mangsa bencana alam di kedua-dua negara membina semula kehidupan mereka.

Kini 70 masjid di Singapura akan sekali lagi mengumpul derma untuk mangsa-mangsa bencana alam, iaitu para penduduk wilayah Kerala di Selatan India yang teruk dipukul banjir besar kerana hujan lebat luar biasa.

Banjir di Kerala. (Gambar: MANJUNATH KIRAN / AFP)

(Gambar: MANJUNATH KIRAN / AFP)

Kutipan di masjid-masjid tersebut boleh dibuat selama lima hari dari 3 hingga 7 September ini.

Mulai hari ini (28 Ogos) pula, orang ramai boleh membuat derma untuk mangsa-mangsa banjir Kerala itu menerusi online.

Sejak awal bulan ini, 445 orang dilaporkan maut di Kerala dek banjir yang disifatkan sebagai paling dahsyat pernah melanda rantau itu dalam tempoh hampir 100 tahun.

Kerosakan dan kehilangan tempat tinggal juga dilaporkan meluas dengan kira-kira sejuta orang masih lagi membanjiri kem-kem sementara dan lagi 15 masih dilaporkan hilang.

70 orang dilaporkan terkorban di Kerala, tahun ini. (Gambar: AFP)

(Gambar: AFP)

Bagi yang ingin menghulurkan derma, anda boleh melakukannya menerusi cara-cara berikut:

1) Kotak-kotak derma akan ditempatkan di semua 70 masjid di Singapura dari 3 hingga 7 September 2018. Kotak-kotak tersebut tertera 'In Aid of Survivors of Floods in Kerala' (Bagi Membantu Para Mangsa Banjir di Kerala).

2) Derma juga boleh dibuat online di laman https://www.zakat.sg/ePayment/donations.aspx, dari hari ini hingga 7 September 2018.

Orang ramai boleh menderma dalam bentuk tunai atau cek.

Sumber : BERITA Mediacorp/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan