Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

MUIS main peranan penting; bangunkan identiti Muslim yang kukuh, galak integrasi

Dalam ucapan bahasa Melayu beliau di Rapat Umum Hari Kebangsaan pada Ahad (19 Ogos), PM Lee berkata selain menguruskan masjid-masjid, MUIS juga memainkan peranan penting dalam memberi bimbingan agama.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 19 Aug 2018 10:59PM Dikemas Kini : 19 Aug 2018 11:09PM

SINGAPURA: Perdana Menteri Lee Hsien Loong menarik perhatian peranan yang dimainkan MUIS dalam memenuhi dan memelihara keperluan agama masyarakat Melayu/Islam di sini.

Dalam ucapan bahasa Melayu beliau di Rapat Umum Hari Kebangsaan pada Ahad (19 Ogos), Encik Lee berkata selain menguruskan masjid-masjid, MUIS juga memainkan peranan penting dalam memberi bimbingan agama.

TERIMA PUJIAN ANTARABANGSA

Ramai pemikir terkemuka dunia Islam juga tambah beliau sudah ke sini di bawah Program Pelawat Unggul MUIS, yang menjadi wadah bagi perbincangan tentang Islam serta kedudukannya di dunia.

"Mei lalu, saya mengundang Imam Besar Al-Azhar, Dr Ahmad Al Tayyeb, ke jamuan makan malam di Istana. Beliau memuji Singapura sebagai negara contoh, di mana penganut Islam boleh mengamalkan agama mereka dan berintegrasi dengan masyarakat lain," kata PM Lee.

Tambah Encik Lee, Imam Besar Al Tayyeb dalam ceramahnya juga itu menekankan tentang perlunya penganut semua agama menghormati kepercayaan dan amalan orang lain dan berinteraksi secara inklusif.

"Nasihat itu relevan secara umum, tetapi ia sangat penting sekali di Singapura yang berbilang kaum dan agama," kata PM Lee.

Dalam hal itu, beliau melahirkan rasa kagum terhadap sukarelawan masjid yang penuh dedikasi serta rangkaian asatizah dan pelajar madrasah yang luas.

Para relawan Masjid Maarof menyiapkan sajian iftar semasa kunjungan PM Lee (Gambar: MUIS)

Berkongsi pengalaman beliau menyertai majlis iftar di Masjid Maarof pada Ramadan lalu, PM Lee berkata selain reka bentuk dan kemudahannya, beliau kagum dengan barisan lembaga pentadbir dan sukarelawan masjid tersebut.

'PEMIMPIN KEPADA MASYARAKAT'

"Mereka berkebolehan dan bersemangat – ada aktivis muda, kaum ibu dan pesara," ujar PM Lee, merujuk kepada ahli lembaga pentadbir dan sukarelawan masjid yang terletak di Jurong itu.

PM Lee dapati program yang dianjurkan oleh mereka adalah pelbagai - 'dari kelas agama dan keibubapaan hinggalah pemeriksaan kesihatan'.

"Mereka menyumbang masa, berkongsi visi dan menjadi pemimpin kepada masyarakat."

Sumber : BERITA Mediacorp/AA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan