Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Muhammadiyah mahu buka lagi 2 pusat fisioterapi untuk warga emas

Pusat Kesihatan dan Jagaan Siang Muhammadiyah (MHCC) merancang untuk menambah lagi dua pusat yang menyediakan khdimat fisioterapi, dengan  satu daripadanya terletak di kawasan barat. 

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Pusat Kesihatan dan Jagaan Siang Muhammadiyah (MHCC) merancang untuk menambah lagi dua pusat yang menyediakan khidmat fisioterapi, dengan satu daripadanya terletak di kawasan barat.

Demikian menurut MHCC dalam satu wawancara eksklusif dengan BERITAMediacorp, di mana ia mendedahkan bahawa ia sudahpun menghantar permohonan kepada Kementerian Kesihatan untuk menubuhkan dua pusat fisioterapi baru itu.

Ia kini sedang menunggu keputusan permohonan tersebut.

MHCC menjelaskan, langkah mahu menubuhkan sebuah pusat terapi di kawasan barat diambil demi memenuhi permintaan para pesakit warga emas yang kian bertambah dari kawasan tersebut.

(Gambar: Nity Farhana)

Badan kebajikan itu juga belum bersedia menyatakan, di mana pusatnya yang ketiga nanti akan ditempatkan.

PESAKIT ANGIN AHMAR, PARKINSON

Buat masa ini, MHCC hanya mempunyai satu pusat fisioterapi untuk warga emas, yang terletak di Eunos Crescent.

Di situ, ia mempunyai 150 pesakit warga emas yang berdaftar dan menjalani sesi fisioterapi di sana.

Kebanyakan daripada mereka berusia 60 tahun dan ke atas, serta merupakan bekas penghidap angin ahmar atau penyakit Parkinson.

(Gambar: Nity Farhana)

Namun melihat kepada bertambahnya bilangan pesakit yang dirujukkan ke MHCC serta jenis penyakit yang lebih pelbagai, MHCC kini mahu menaik taraf prasarana dan programnya yang sedia ada.

Menurut ahli fisioterapi di MHCC, Encik Zainal Omar, ia mahu menyediakan peralatan senaman yang lebih canggih bagi membantu pemulihan pesakit dengan lebih baik.

"Kami berhasrat untuk meningkatkan lagi prasarana yang sedia ada untuk memberikan khidmat klinikal yang baik kepada pesakit-pesakit kami. Lebih lagi alat-alat senaman seperti treadmill dan sebagainya sebab ada alat-alat yang tidak boleh direplikasi dengan begitu mudah, iaitu masih diperlukan prasarana yang khusus," jelas Encik Zainal.

(Gambar: Nity Farhana)

(Gambar-gambar: Nity Farhana)

PERLUKAN $1 JUTA

Maka itu MHCC berhasrat untuk mengumpulkan sekitar $1 juta menerusi pelbagai acara amal sepanjang tahun in untuk menyokong usaha-usahanya itu.

Salah satunya ialah acara peragaan fesyen amal yang akan diadakannya buat pertama kalinya esok.

MHCC berharap, sebanyak $100,000 diharap dapat dikumpulkan menerusi jualan tiket, derma ikhlas dan sebahagian hasil jualan pakaian pada acara itu nanti. 

Sumber : BERITA Mediacorp/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan