Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Muhammad Iskandar Ismail dipenjara 16 tahun, disebat 24 kali kerana rogol belia

Hakim juga menggesa Iskandar supaya mempelajari kemahiran baru semasa di penjara supaya dia boleh menyumbang kepada masyarakat apabila dibebaskan.

Anggaran Waktu Membaca:
Muhammad Iskandar Ismail dipenjara 16 tahun, disebat 24 kali kerana rogol belia

Gambar fail seseorang digari. (Gambar: AFP)

Diterbitkan : 11 Jul 2017 11:33AM Dikemas Kini : 11 Jul 2017 11:34AM

SINGAPURA: Apabila Muhammad Iskandar Ismail memeluk seorang belia perempuan 19 tahun, belia itu fikir Iskandar bersimpati terhadapnya yang baru saja meluahkan nasib sebagai seorang ibu tunggal yang mengalami masalah kesihatan pada usia yang muda.

Namun, keadaan sebaliknya yang berlaku. Iskandar mengancam untuk mencekik belia itu jika belia itu tidak mengadakan seks dengannya.

Iskandar juga menyembunyikan telefon bimbit belia itu supaya belia berkenaan tidak dapat mendapatkan bantuan.

Kerana takut, belia tersebut menuruti permintaan Iskandar. Beliau kemudian diperkosa dan dirogol lebih sejam.

Kelmarin, Iskandar yang berusia 28 tahun, dipenjara selama 16 tahun dan disebat sebanyak 24 kali.

Merayu supaya hukumannya diringankan, Iskandar menulis sepucuk surat bahawa ini adalah kesalahan pertamanya. Dia juga meluahkan hasrat untuk berubah.

Hakim Chan Seng Onn menggesa Iskandar supaya memikirkan mengenai tindakannya dan bertaubat.

Hakim juga menggesa Iskandar supaya mempelajari kemahiran baru semasa di penjara supaya dia boleh menyumbang kepada masyarakat apabila dibebaskan.

Sumber : CNA/ru
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan