Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Mudirah baru Madrasah Al-Maarif & Aljunied bentangkan hala tuju institusi sejajar perubahan dinamik masa kini

Melahirkan golongan ulama bertaraf profesional dan progresif bagi abad ke-21, di samping membangunkan program yang cemerlang bagi pembangunan guru madrasah.

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Melahirkan golongan ulama bertaraf profesional dan progresif bagi abad ke-21, di samping membangunkan program yang cemerlang bagi pembangunan guru madrasah.

Itulah visi pengetua wanita pertama Madrasah Aljunied Al-Islamiah, Cik Khairiana Zainal Abiden.

Cik Khairiana merupakan salah seorang daripada tiga Mudirah baru yang dilantik untuk menerajui madrasah pada tahun ini.

BERITAMediacorp bertemu dua Mudirah ini yang berkongsi hala tuju madrasah masing-masing sejajar perubahan dinamik masa kini.

INGIN UBAH KURIKULUM MADRASAH ALJUNIED SESUAI DENGAN KEMAHIRAN ABAD KE-21

2018 merupakan tahun yang amat istimewa bagi Cik Khairiana. Jika 21 tahun lalu, beliau memasuki pintu Madrasah Aljunied sebagai guru Matematik, sejak tiga minggu lalu pula Cik Khairiana menjejakkan kaki di sini sebagai pengetua institusi pendidikan Islam terkemuka ini.

Dengan pengalaman beliau selaku pendidik dan hubungan rapat dengan Madrasah Aljunied, Cik Khairiana faham pentingnya pembangunan kurikulum dan latihan guru untuk melaksanakan tanggungjawab melahirkan generasi pelapis ulama yang progresif.

"Kita harus melihat kurikulum di lensa yang berbeza, merubah, belajar, dan memastikan kurikulum itu relevan untuk pembelajaran pelajar yang sesuai untuk kemahiran abad ke-21. Itu yang penting. Itu termasuk komunikasi, termasuk penggunaan teknologi, kolaborasi adalah sesuatu yang unik dalam kemahiran abad ke-21.

"Kedua saya melihat bahawa pusat pendidikan itu sendiri adalah guru-guru. Kalau kita mampu melahirkan guru yang cemerlang, maka kita akan melahirkan pelajar-pelajar yang cemerlang. Ada kurikulum yang canggih, tanpa guru-guru yang canggih tidak akan bakal berjalan kurikulum itu," kongsinya kepada pihak BERITAMediacorp.

PROGAM IB AKAN DILAKSANAKAN DI MADRASAH ALJUNIED TAHUN DEPAN

Menjelang tahun depan, program International Baccalaureate, IB akan dilaksanakan di Madrasah Aljunied.

Ia satu lagi usaha mempertingkat dan memperkaya sistem pembelajaran di madrasah, selain menawarkan pilihan serta laluan pembelajaran yang pelbagai bagi pelajar.

"Jadi saya rasa alhamdulillah selama saya 21 tahun saya berada di sini, madrasah dan pucuk pimpinan madrasah dari sudut pengurusan dan juga Majlis Ugama Islam, telah melihat pendidikan madrasah sebagai suatu, dari satu sudut lensa yang berbeza, bererti mereka bersedia memberikan amanah kepada sesiapa yang mereka rasa layak, dan mampu untuk membawa madrasah itu ke depan. Dan itulah adalah satu tanggungjawab yang berat bagi saya," tekannya.

NAFISAH MA'MUN SUHEIMI TERAJUI KEPIMPINAN DATUKNYA SYEIKH FADHULLAH SUHAIMI

Bagi Cik Nafisah Ma'mun Suheimi, menjadi pengetua baru Madrasah Al-Maarif, bukan sesuatu yang kekok baginya.

Datuk beliau adalah pengasas Madrasah Al-Maarif Syeikh Muhammad Fadhlullah Suhaimi.

"Sebagai pengetua, ia adalah satu tanggungjawab bagi saya untuk memberikan sokongan yang sebaiknya kepada guru-guru, pelajar-pelajar dan juga waris kepada pelajar yang telah menghantar anak-anak mereka ke sini dan memastikan bahawa pendidikan yang diberikan itu kekal relevan dengan keadaan semasa," tekannya.

KURIKULUM AL-MAARIF DISEPADUKAN ANTARA PENGAJIAN ISLAM & AKADEMIK

Dengan pengalaman sebagai pendidik selama 25 tahun beliau mahu melihat kurikulum madrasah yang lebih bersepadu dengan menggabungkan pengajian Islam dan akademik agar tidak dilihat sebagai sesuatu yang berasingan.

"Bila kita sentuh tentang akademik, ada perkara lain seperti misalannya subjek biologi di mana subjek tentang baka dan juga biologi molekular unsur-unsur etika ataupun dari pandangan Islam sendiri yang dapat diterapkan di dalam kemahiran ini. Dan ini yang kami mahu para pelajar kami dapat imbangi.

"Walaupun mereka belajar ilmu matematik, fizik, kimia ataupun biologi, kaji hayat misalnya. Kalau mereka tahu atau mempunyai kemahiran yang mendalam tentang pengajian Islam, mereka dapat menggunakan kemahiran berfikir secara kritikal ataupun aplikasi supaya dapat digunakan daripada sudut perspektif Islam atau sudut perspektif moral atau etika," katanya.

MASNIA NASSIM GANTIKAN USTAZ ABDUL HALIM SEBAGAI PENGETUA

Madrasah Wak Tanjong Al-Islamiah, pula diterajui Cikgu Masnia Nassim, yang menggantikan suaminya, Allahyarham Ustaz Mohd. Abdul Halim Mohd. Noor yang meninggal dunia pada Julai tahun lalu.

LAPORAN BERKAITAN:

Sumber : BERITA Mediacorp/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan