Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

MTS iktiraf guru-guru pembimbing cemerlang

Anggota Parlimen GRC Jurong Cik Rahayu Mahzam gembira melihat peningkatan yang ditonjolkan para guru pembimbing Skim Tuisyen Mendaki (MTS).

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Anggota Parlimen GRC Jurong Cik Rahayu Mahzam gembira melihat peningkatan yang ditonjolkan para guru pembimbing Skim Tuisyen Mendaki (MTS).

Ini lebih-lebih lagi dengan sokongan rakan-rakan kerja dalam memberikan pengalaman yang lebih holistik kepada para pelajar.

Namun, beliau yang juga anggota Lembaga Pengarah Yayasan Mendaki berharap semua pihak-pihak berkepentingan dapat teruskan usaha demi membantu para pelajar MTS supaya lebih maju.

"Mereka (guru-guru pembimbing) sebenarnya menjalankan tugas yang penting kerana mereka bukan setakat membantu dari segi akademik sahaja tapi biasanya mereka dilihat sebagai peran contoh oleh para pelajar kita dan ini adalah satu cara kita mengeratkan hubungan dalam kalangan masyarakat kita," ujar Cik Rahayu di luar majlis penghargaan dan anugerah MTS hari ini (10 Nov).

Di majlis itu, seramai 21 guru pembimbing dan tiga ketua guru pembimbing diiktiraf kerana cemerlang dalam mendidik para pelajar MTS.

"Bagi saya, setiap tugas adalah amanah. Selain ingin melihat mereka berjaya dalam pelajaran, saya juga ingin membina keyakinan dan daya tahan mereka untuk terus berjaya," kongsi penerima Anugerah Tutor Cemerlang, Siti Aisyah Waris.

Turut diraikan tadi ialah Encik Mohamed Malik Shahal yang menerima Anugerah Sumbangan Cemerlang.

Penyelia Pusat MTS di Sekolah Menengah Teck Whye itu merupakan penerima kedua anugerah tersebut yang mengiktiraf individu yang melakukan perkara-perkara di luar bidang tugas mereka demi menjayakan program tersebut.

"Bagi saya, dengan jawatan dan pengalaman saya sebagai OM (Pengurus Operasi) di sekolah, saya juga akan terus membantu untuk sama-sama menaikkan nama baik Yayasan Mendaki," kongsi Encik Malik tentang harapannya bagi tahun-tahun mendatang.

Para pemenang membawa pulang trofi, sijil pencapaian dan wang tunai S$300 setiap seorang.

Sumber : BERITA Mediacorp/NT/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan