Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

MSF, MHA beri amaran terhadap taruhan, perjudian online semasa Piala Dunia

MHA dan MSF akan bekerjasama untuk menangani perjudian online haram dan masalah perjudian yang mungkin timbul semasa berlangsung Piala Dunia 2018.

Anggaran Waktu Membaca:
MSF, MHA beri amaran terhadap taruhan, perjudian online semasa Piala Dunia

Gambar fail: REUTERS

Diterbitkan : 14 Jun 2018 02:14PM Dikemas Kini : 14 Jun 2018 02:16PM

SINGAPURA: Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA) dan Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF) akan bekerjasama untuk menangani perjudian online haram dan masalah perjudian yang mungkin timbul semasa berlangsung Piala Dunia 2018, menurut pihak berkuasa dalam satu kenyataan bersama hari ini (14 Jun).

MSF dan MHA mengingatkan orang ramai bahawa "semua kegiatan berhubung perjudian online secara haram - dari mengendalikan, memudahkan, menggalak hingga menyertai kegiatan sedemikian" adalah salah di bawah Akta Perjudian Online.

Akta itu juga memperuntukkan kawalan menyeluruh yang membendung laman-laman yang menawarkan atau menggalak perjudian online, serta bayaran elektronik kepada pengendali.

Pihak berkuasa memberi amaran kepada orang ramai supaya jangan membuat taruhan dengan pengendali perjudian online haram. Para individu yang berbuat demikian boleh dikenakan denda sehingga S$5,000 atau dihukum penjara sehingga enam bulan atau kedua-duanya, di bawah Akta Perjudian Online.

"Polis akan terus mengambil tindakan penguatkuasaan tegas terhadap mereka yang melanggar undang-undang itu, termasuk mereka yang membantu sindiket perjudian online dengan apa jua cara pun," tambah pihak berkuasa.

Antara 6 Jun dengan 13 Jun, polis memberkas dua individu yang disyaki terbabit dalam khidmat menyediakan perjudian online. 10 individu lain yang disyaki membenarkan akaun bank dan nombor telefon mereka digunakan oleh laman perjudian haram, sedang disiasat.

Para individu atau anggota keluarga yang ingin mendapatkan bantuan boleh membuat permohonan bagi khidmat e-kaunseling menerusi talian 1800-6-668-668 atau www.ncpg.org.sg. 

Sumber : CNA/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan