Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

MSF akan perkenalkan program peningkatan kemahiran bagi para karyawan prasekolah

MSF akan memperkenalkan satu program peningkatan kemahiran yang berstruktur bagi para karyawan prasekolah yang mempunyai pengalaman sekurang-kurangnya selama tiga tahun

Anggaran Waktu Membaca:
MSF akan perkenalkan program peningkatan kemahiran bagi para karyawan prasekolah

Murid-murid daripada Pusat Jagaan Leng Kee. (Gambar: Ooi Boon Keong/ TODAY)

Diterbitkan : 13 Mar 2015 02:12PM Dikemas Kini : 13 Mar 2015 02:20PM

SINGAPURA: Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF) akan memperkenalkan satu program peningkatan kemahiran yang berstruktur bagi para karyawan prasekolah yang mempunyai pengalaman sekurang-kurangnya selama tiga tahun.

Menteri MSF Chan Chun Sing mengumumkan demikian semasa membahaskan peruntukan bagi kementeriannya di Parlimen hari ini.

Program Pembangunan Kekaryawanan itu akan melengkapi para guru tadika dan pusat jagaan kanak-kanak dengan keupayaan dan kecekapan yang diperlukan untuk menyandang tugas yang lebih besar.

Para guru akan dicalonkan oleh majikan masing-masing.

Selain menjalani latihan yang bertauliah, para guru juga akan menerima insentif dalam bentuk kewangan pada tahap utama latihan bagi mengiktiraf kemahiran dan menggalak mereka untuk terus kekal berkhidmat dalam sektor tersebut.

Encik Chan menyifatkan ini sebagai kerjasama rakan tiga pihak yang melibatkan para pengendali prasekolah, guru dan Agensi Pembangunan Awal Kanak-Kanak (ECDA).

Program tersebut akan diperkenalkan secara bertahap-tahap mulai tahun depan.

Menurut Encik Chan, ECDA juga akan menimbangkan satu sistem baru yang akan memberi lebih banyak peluang kepada para guru untuk menjalani latihan.

Sebagai contoh, agensi itu akan menubuhkan senarai pendaftaran yang serupa dengan cara pendaftaran Kementerian Pendidikan, MOE untuk para guru sambilan.

Dengan ini, para guru prasekolah yang sudahpun berkhidmat dalam sektor tersebut, akan dapat mengikuti kursus-kursus peningkatan diri.

Sumber : CNA/ag
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan