Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

MOH minta pandangan tentang idea pengharaman, cukai minuman bergula

Kencing Manis: Patutkan minuman paket bergula diharamkan di seluruh negara? Atau cukai diperkenal untuk galak pengurangan gula dalam minuman? 

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 04 Dec 2018 10:22PM Dikemas Kini : 04 Dec 2018 10:26PM

SINGAPURA: Dari mengenakan cukai baru terhadap minuman-minuman paket yang manislabel pemakanan lebih ketara di hadapan paket minuman kepada pengharaman cukai pada gula dan sekatan pada iklan.

Itulah antara beberapa saranan oleh Kementerian Kesihatan (MOH) dan Lembaga Penggalakan Kesihatan (HPB) dalam sebuah rundingan awam hari ini (4 Dis) yang mengalu-alukan pandangan tentang bagaimana untuk mengurangkan pengambilan gula yang tinggi di Singapura, demi memerangi masalah penyakit kencing manis.

PENGAMBILAN GULA MASIH TINGGI

Penduduk Singapura masih banyak mengambil minuman bergula.

Misalnya, satu minuman 250 mililiter boleh mengandungi antara tiga hingga lima sudu teh gula.

MOH kini memberi tiga klasifikasi bagi minuman, iaitu rendah, sederhana dan tinggi gula.

Tahun lalu, paket minuman mengandungi kandungan gula sederhana dan tinggi membentuk lebih separuh daripada semua minuman manis yang dijual di Singapura.

Tambahan lagi, warga Singapura mengambil purata 12 sudu teh gula sehari - separuh daripadanya adalah daripada minuman.

Daripada jumlah itu, empat sudu teh atau lebih 60 peratus adalah daripada paket minuman.

Oleh itu, MOH dan HPB mengundang maklum balas awam dan pihak-pihak berkepentingan dari industri bagi kemungkinan empat langkah, setelah mengkaji amalan yang digunakan oleh negara lain.

Salah satunya adalah label pemakanan mandatori akan dilekatkan di depan paket minuman.

Buat masa ini, Singapura mengamalkan label secara sukarela seperti Simbol Pilihan Sihat. MOH kini menimbangkan untuk membuat label tersebut lebih menonjol.

Misalnya, kajian mendapati ringkasan zat makanan berwarna yang digunakan di negara-negara seperti Perancis dan Britain adalah paling berkesan dalam membimbing pengguna untuk memillih produk lebih sihat.

Kedua, peraturan pengiklanan lebih ketat untuk minuman sedemikian, termasuk lebih banyak sekatan pada waktu siaran dan saluran media di mana kanak-kanak mudah terdedah serta juga kemungkinan larangan menyeluruh bagi semua waktu siaran dan saluran media massa.

Ketiga, cukai ke atas pengeluar dan pengimport minuman, untuk menggalak mereka supaya mengurangkan kandungan gula dalam produk.

Pengeluar boleh dikenakan cukai mengikut berapa banyak gula yang terkandung dalam minuman mereka. MOH menekankan usaha ini adalah untuk membentuk budaya lebih sihat dan bukan untuk meraih keuntungan.

Keempat, pengharaman di seluruh negara terhadap paket minuman manis. Buat masa ini, hanya minuman bergula rendah dibenarkan dijual di sekolah.

Orang ramai boleh memberikan maklum balas melalui laman REACH. 

Sumber : CNA/NU/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan