Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

MOH lantik jawatankuasa bangunkan penanda aras kos perubatan

Kementerian Kesihatan (MOH) melantik sebuah jawatankuasa 13 anggota untuk membangunkan penanda aras bagi kos perubatan. 

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 21 Jan 2018 07:58PM Dikemas Kini : 21 Jan 2018 10:05PM

SINGAPURA: Kementerian Kesihatan (MOH) melantik sebuah jawatankuasa 13 anggota untuk membangunkan penanda aras bagi kos perubatan.

Mereka termasuk para ahli akademik dan wakil dari hospital-hospital serta persatuan insurans.

Inisiatif itu diumumkan oleh Menteri Negara Kanan Kesihatan Dr Lam Pin Min di luar sebuah acara kemasyarakatan hari ini.

Jawatankuasa itu bertujuan membangunkan peringkat pertama penanda aras bagi prosedur perubatan menjelang pertengahan kedua tahun ini.

Prosedur-prosedur itu termasuk pembedahan katarak.

Dr Lam berkata jawatankuasa itu merujuk kepada kos operasi keseluruhannya yang disenaraikan di laman MOH, yang berdasarkan kos sebenar perubatan.

Beliau menambah jawatankuasa itu kemudian akan dapat menentukan apa yang mereka fikir sebagai "kos yang munasabah". Jawatankuasa tersebut dijangka bertemu setiap bulan sebagai permulaan.

Menurut Dr Lam, prosedur-prosedur tersebut membentuk 80 peratus hingga 85 peratus prosedur yang dilakukan di hospital-hospital awam dan privet.

Apabila jawatankuasa itu melihat kepada prosedur yang jarang dilakukan, ia akan berunding dengan pihak-phak berkepentingan mengenai kosnya. 

Sumber : CNA/NT/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan