Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

MOH gembleng lebih ramai Rakan Kesihatan bantu masyarakat cegah kencing manis

Sedang Singapura memerangi penyakit kencing manis, Kementerian Kesihatan (MOH) sedang menggembleng lebih ramai 'wira masyarakat'.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 20 Jan 2018 08:42PM Dikemas Kini : 20 Jan 2018 09:21PM

SINGAPURA: Sedang Singapura memerangi penyakit kencing manis, Kementerian Kesihatan (MOH) sedang menggembleng lebih ramai 'wira masyarakat'.

Wira masyarakat atau Rakan Kesihatan adalah untuk membantu mencegah penyakit itu.

Program Rakan Kesihatan yang dirintis di kawasan Siglap, adalah salah satu inisitiaf yang diterajui masyarakat bagi memerangi penyakit kencing manis.

Sekitar 165 penduduk Siglap yang menghidap penyakit kencing manis kerap menerima kunjungan daripada para sukarelawan di bawah program tersebut.

Rakan-Rakan Kesihatan itu membantu memantau keadaan kesihatan pesakit dan memastikan ia terkawal.

Sejak ia dimulakan pada bulan Januari tahun lalu, program itu sudah mendampingi lebih 600 penduduk untuk meningkatkan kesedaran tentang pencegahan dan cara betul bagi menguruskan penyakit kencing manis.

Ia adalah hasil kerjasama antara Hospital Besar Changi (CGH) dengan Majlis Pembangunan Masyarakat (CDC) Tenggara.

Meskipun Rakan Kesihatan terdiri daripada para sekarelawan, mereka memainkan peranan mereka dengan serius.

Mereka menjalani beberapa latihan bagi memastikan mereka dilengkapi dengan pengetahuan dan kemahiran komunikasi, bukan setakat untuk mendampingi para penduduk mengenai penyakit kencing manis malah juga menjadi seperti rakan.

Latihan-latihan yang dijalani termasuk senario melakonkan peranan dan bagaimana untuk menilai sama ada seseorang penduduk berkemungkinan menghidap penyakit tersebut.

Namun, pada akhirnya sentuhan peribadi para sukarelawan yang akan menjayakan inisiatif itu.

"Kami suka mendampingi penduduk dan berkawan dengan mereka, untuk lebih memahami keperluan mereka dan juga dari aspek pengurusan jagaan," kata sukarelawan bernama Charlton Low.

Para penduduk yang berisiko atau didiagosis dengan penyakit kencing manis digalak supaya mengamalkan tabiat yang lebih menyihatkan dan menghadiri pemeriksaan kesihatan.

"Mesej yang ingin disampaikan kepada para penduduk adalah mereka (sukarelawan) merupakan jiran tetanga yang benar-benar prihatin tentang isu ini dan mahu mendampingi penduduk. Oleh itu penerimaannya jauh lebih baik berbanding jika saya atau seseorang dari CGH yang datang dan memberitahu anda apa yang perlu dilakukan," kongsi Dr Maliki.

Menteri Kesihatan Gan Kim Yong pula berharap lebih banyak kelompok akan mencontohi program tersebut.

"Kami merancang untuk meluaskannya ke Kawasan Undi East Coast dan dalam pada itu, kami juga gembira apabila mengetahui Sistem Kesihatan Universiti Nasional juga akan bekerjasama dengan CDC Barat Daya untuk memulakan program serupa di daerah barat Singapura."

Sehingga hari ini, terdapat 76 sukarelawan Rakan Kesihatan dan jumlah ini dijangka akan meningkat melebihi 100 orang di CDC Tenggara.

Sumber : CNA/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan