Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

MOE perkenal PayNow bagi mudahkan agihan Anugerah Edusave untuk pelajar ITE, politeknik

Kementerian Pendidikan (MOE) mengumumkan hari ini (18 Jan) bahawa ia akan mula menggunakan khidmat PayNow pada tahun ini untuk mengagihkan Anugerah Edusave kepada penuntut Institut Pendidikan Teknikal (ITE) dan politeknik.

Anggaran Waktu Membaca:
MOE perkenal PayNow bagi mudahkan agihan Anugerah Edusave untuk pelajar ITE, politeknik

Penggunaan khidmat PayNow. (Gambar" CNA/ Gaya Chandramohan)

Diterbitkan : 18 Jan 2018 11:40AM Dikemas Kini : 19 Jan 2018 12:47AM

SINGAPURA: Kementerian Pendidikan (MOE) mengumumkan hari ini (18 Jan) bahawa ia akan mula menggunakan khidmat PayNow pada tahun ini untuk mengagihkan Anugerah Edusave kepada penuntut Institut Pendidikan Teknikal (ITE) dan politeknik.

Dalam kenyataan medianya, MOE menyatakan langkah ini sejajar dengan visi Singapura untuk menjadi sebuah Negara Bijak.

Program perintis ini akan dijalankan pada April dan September, yang dijangka akan memanfaatkan 34,000 penuntut ITE dan politeknik secara keseluruhannya, yang akan menerima dana anugrah itu menerusi akaun bank mereka pada hari majlis penyampaian anugerah itu diadakan, menurut kementerian itu lagi.

Buat masa ini, mereka perlu membawa cek yang diterima itu ke bank dan kemudian menunggu sehingga ia diluluskan sebelum dapat mengeluarkan wang tersebut.

MOE menambah bahawa ia akan mengongsi lebih banyak perincian mengenai program perintis itu dengan pihak-pihak yang berkepentingan seperti penasihat akar umbi, pejabat kawasan undi, kolej-kolej ITE, politeknik dan penerima anugerah sebelum majlis penyampaian anugerah yang pertama diadakan pada bulan April.

Pihaknya juga akan mengirimkan surat kepada para penerima anugerah untuk memaklumkan mereka mengenai Anugerah Edusave yang mana satu akan diterima, termasuk arahan mengenai cara membuat pendaftaran bagi PayNow menggunakan nombor kad pengenalan mereka.

PayNow merupakan khidmat pemindahan dana yang ditawarkan oleh tujuh bank di Singapura. Bank-bank yang menawarkan khidmat ini termasuk Citibank, DBS/POSB, HSBC, Maybank, OCBC, Bank Standard Charted Bank dan Bank United Overseas.

MOE menyatakan bahawa ia juga akan menyemak proses ini bagi menimbangkan sama ada ia boleh diperluaskan untuk merangkumi Anugerah Edusave bagi para pelajar lain selepas tamat menjalankan program perintis ini.  

Sumber : CNA/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan