Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

MG Melvyn Ong ambil alih LG Pery Lim sebagai ketua SAF mulai 23 hari bulan ini

Ketua Angkatan Tentera Bersenjata Singapura (SAF), Leftenan Jeneral (LG) Perry Lim akan bersara pada 23 hari bulan ini selepas menyandang jawatan itu sejak 2015.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 12 Mar 2018 09:55PM Dikemas Kini : 13 Mar 2018 12:02AM

SINGAPURA: Ketua Angkatan Tentera Bersenjata Singapura (SAF), Leftenan Jeneral (LG) Perry Lim akan bersara pada 23 hari bulan ini selepas menyandang jawatan itu sejak 2015.

Beliau akan digantikan oleh Mejar Jeneral (MG) Melvyn Ong yang kini Ketua Tentera Darat.

MG Ong, 43 tahun, menyandang jawatan tersebut pada Ogos 2015. Sebelum ini, beliau merupakan Ketua Pegawai Guards dan pada tahun 2011, beliau memimpin SAF dalam usaha membantu mangsa-mangsa gempa bumi di New Zealand.

Sebagai Ketua Tentera Darat, MG Ong "memperkukuh kesediaan operasi Tentera Darat untuk menangani ancaman pengganasan antarabangsa," menurut Kementerian Pertahanan (MINDEF).

Menurut MINDEF: "MG Ong memperkukuhkan kedudukan Tentera Darat di peringkat serantau dan antarabangsa sebagai rakan pertahanan yang berharga melalui pelbagai latihan dua pihak dengan tentera luar negara."

Mulai 21 hari bulan ini, jawatan Ketua Tentera Darat pula akan disandang Brigedier Jeneral (BG) Goh Si Hou.

BG Goh pula menyertai SAF pada 1997 dan dianugerahi Biasiswa Presiden serta Biasiswa Luar Negeri SAF. Beliau memainkan peranan di MINDEF dalam melaksanakan skim-skim kerjaya ketenteraan yang baru untuk meningkatkan usaha merekrut dan mengekalkan kakitangan dalam SAF.

Beliau juga menerajui sebuah pejabat projek yang menyokong Jawatankuasa bagi Memperkukuh Perkhidmatan Negara yang memimpin inisiatif-inisiatif seperti
Pasukan Sukarela Angkatan Bersenjata Singapura (SAFVC). 

Sumber : CNA/NU/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan