Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Menteri pertahanan Jepun suarakan sokongan terhadap S'pura selaku pengerusi ASEAN

Menteri-menteri Pertahanan Singapura dan Jepun mengesahkan lagi hubungan pertahanan dua hala yang baik.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 22 May 2018 12:19AM Dikemas Kini : 22 May 2018 12:23AM

SINGAPURA: Menteri-menteri Pertahanan Singapura dan Jepun mengesahkan lagi hubungan pertahanan dua hala yang baik.

Ketika bertemu di Tokyo, Dr Ng Eng Hen dan Encik Itsunori Onodera juga bertukar-tukar pandangan tentang keadaan keselamatan serantau.

Dr Ng sedang melakukan lawatan tiga hari ke Jepun yang pertama dilakukannya sejak tahun 2012.

Semasa pertemuan ini kedua-dua menteri mengulangi komitmen mereka terhadap Mesyuarat Menteri-menteri Pertahanan ASEAN-Plus.

Encik Onodera menyuarakan sokongan beliau terhadap apa yang dibentangkan Singapura selaku pengerusi ASEAN.

Ini termasuk garis panduan mengenai penerbangan pesawat-pesawat tentera.  

Sumber : CNA/NF/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan