Images
  • ahtc

Meminta CPG kendalikan AHTC tanpa sistem komputer seperti bina rumah tanpa batu-bata: Peguam bela

SINGAPURA: Pihak peguam bela bagi para Anggota Parlimen (AP) Parti Pekerja (WP) dan pegawai Majlis Bandaran Aljunied-Hougang (AHTC) pada Jumaat (12 Okt), membandingkan keadaan mereka setelah mengambil alih majlis bandaran itu seperti, membina rumah tanpa batu-bata.

Mereka kini terbabit dalam satu tuntutan sivil tentang bagaimana mereka mengendalikan majlis bandaran itu.

Merujuk kepada keadaan AHTC, dengan seorang ejen pengurus yang dikatakan ingin menarik diri daripada berkhidmat dan tanpa sistem komputer, Peguam Kanan Chelva Retnam Rajah berkata bahawa ia seakan-akan meminta seorang pembina yang keberatan agar membina sebuah rumah tanpa batu-bata.

Syarikat IT Action Information Management (AIM) sudah menarik balik sistem pengurusan komputer majlis bandaran (TCMS) dari AHTC pada 2011. Ia membeli sofwe tersebut, yang dimiliki majlis-majlis bandaran Parti Tindakan Rakyat (PAP), pada 2010 dalam satu tender terbuka.

Walaupun sering dibincangkan semasa perbicaraan bahawa CPG sepatutnya terus menawarkan khidmat-khidmatnya kepada AHTC setelah WP mengambil alih GRC Aljunied daripada Parti Tindakan Rakyat dalam Pilihan Raya Umum 2011, hakikat bahawa CPG tidak semestinya menawarkan TCMS diutarakan oleh pihak pembela hanya pada Jumaat (12 Okt), hari keenam perbicaraan itu.

Tuntutan mahkamah itu dikemukakan oleh AHTC dan Majlis Bandaran Pasir Ris-Punggol (PRPTC) terhadap Anggota Parlimen (AP) Parti Pekerja (WP) Sylvia Lim, Low Thia Khiang dan Pritam Singh; anggota-anggota majlis bandaran AHTC, Chua Zhi Hon dan Kenneth Foo; para kakitangan bekas ejen pengurusan AHTC dan ejen pengurusannya, FM Solutions and Services (FMSS) How Weng Fan dan Danny Loh.

Mereka dituduh melanggar tanggungjawab fidusiari mereka dan membenarkan bayaran "tidak wajar" lebih S$33 juta oleh AHTC kepada FMSS dan pihak-pihak lain. 

- CNA/NA/na

Top