Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Mediacorp lantik Niam Chiang Meng sebagai pengerusi baru, gantikan Ernest Wong

Mediacorp pada Jumaat (19 Jan) mengumumkan pelantikan Encik Niam Chiang Meng sebagai pengerusi barunya.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 19 Jan 2018 06:05PM Dikemas Kini : 19 Jan 2018 10:50PM

SINGAPURA: Mediacorp pada Jumaat (19 Jan) mengumumkan pelantikan Encik Niam Chiang Meng sebagai pengerusi barunya.

Pelantikan tersebut berkuat kuasa pada 21 April, apabila pengerusi sekarang Encik Ernest Wong menamatkan tempoh khidmat beliau selama dua tahun pada 20 April.

Encik Niam, 59 tahun, pernah menjadi pengarah lembaga Mediacorp sejak November 2016. Beliau mempengerusikan Jawatankuasa Lembaga Penyiaran Perkhidmatan Awam (PSB) dan adalah anggota Jawatankuasa Eksekutif serta Jawatankuasa Pencalonan dan Ganjaran.

Beliau juga merupakan pengerusi Penguasa Maritim dan Pelabuhan Singapura serta anggota Lembaga Penguasa Hasil Mahsul Singapura (IRAS). Sebelum ini, beliau menyandang jawatan pengerusi Penguasa Pembangunan Media, dari tahun 2011 hingga 2016.

Encik Niam turut memegang beberapa jawatan penting dalam perkhidmatan awam, temasuk sebagai Setiausaha Tetap Divisyen Penduduk dan Bakat Nasional serta Kementerian Penerangan, Perhubungan dan Kesenian (MICA).

"Ini adalah satu penghormatan dan saya berasa rendah diri untuk mengambil alih sebagai pengerusi Mediacorp, penyiar kebangsaan kita," kata Encik Niam.

"Saya mengalu-alukan peluang untuk bekerjasama dengan pasukan dan rakan syarikat kami dalam ekosistem ini bagi memastikan Mediacorp menyediakan kandungan baik kepada pelanggan kami dan memanfaatkan peluang yang dijana oleh wadah digital dan trend baru pengguna. Dalam kami mengusahakan ini, Mediacorp akan kekal komited kepada tanggungjawabnya dalam penyiaran perkhidmatan awam, iaitu satu komitmen yang berlandaskan penubuhan Jawatankuasa Lembaga PSB baru yang saya pengerusikan."

Dalam kenyataan medianya, Mediacorp menarik perhatian Encik Wong ditugaskan untuk mempersiapkan syarikat itu bagi era digital dan di bawah kepimpinannya sebagai pengerusi, syarikat tersebut sudahpun meletakkan asas lebih kukuh bagi meningkatkan kedudukannya untuk masa depan.

Encik Wong, 72 tahun, berkata beliau yakin Mediacorp akan terus maju di bawah pucuk pimpinan Encik Niam.

"Ia memberikan kepuasan kepada saya untuk maklum bahawa apa yang harus dilakukan sudahpun dilakukan atau sedang diusahakan sejauh ini. Sudah tiba masanya bagi pengerusi yang lebih muda untuk mengambil alih jawatan."

Sumber : CNA/IM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan