Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Mediacorp jalin kerjasama dengan 3 rakan serantau

Mediacorp menjalin kerjasama dengan tiga rakan serantau untuk menghasilkan kandungan baru serta meluaskan jangkauan penontonnya. 

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 05 Dec 2018 09:30PM Dikemas Kini : 05 Dec 2018 09:37PM

SINGAPURA: Mediacorp menjalin kerjasama dengan tiga rakan serantau untuk menghasilkan kandungan baru serta meluaskan jangkauan penontonnya.

Tidak lama lagi, bintang-bintang dari Taiwan dan Singapura akan berganding bahu dalam siri drama yang melibatkan Mediacorp, syarikat penerbitan Taiwan Eightgeman dan Taiwan Television Enterprise.

Berjudul "All Is Well", ia adalah drama dua siri sepanjang 20 episod. Ia akan disiarkan di saluran 8 Mediacorp dan saluran U pada penghujung Ogos tahun depan.

Awal tahun depan pula para penonton tempatan dapat menyaksikan adaptasi tempatan siri Jepun yang popular, Old Enough! Ia hasil perjanjian antara Mediacorp dengan Rangkaian Perbadanan Televisyen Nippon.

Perkongsian ketiga melibatkan kerjasama dengan penyiar Thailand, JKN Global Media.

Para penonton di Thailand dapat menikmati kandungan-kandungan seperti dokumentari Channel NewsAsia dan beberapa drama Mediacorp. 

Sumber : CNA/NU/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan