Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Masyarakat Muslim S'pura kumpul sekitar $354,000 untuk mangsa gempa Aceh, penduduk muslim Rakhine

Sekitar $354,000 berjaya dikumpul Yayasan Rahmatan Lil Alamin (RLAF) dalam kempen mengumpul dana bagi mangsa gempa Aceh dan penduduk wilayah Rakhine, Myanmar.

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Sekitar $354,000 berjaya dikumpul Yayasan Rahmatan Lil Alamin (RLAF) dalam kempen mengumpul dana bagi mangsa gempa Aceh dan penduduk wilayah Rakhine, Myanmar.

Demikian menurut MUIS dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan hari ini (30 Dis).

Sekitar $325,000 dikumpulkan menerusi tabung-tabung derma di 70 buah masjid di serata Singapura.

Manakala lagi $28,000 disumbangkan oleh badan-badan berbilang agama dan persatuan-persatuan masyarakat di negara ini.

Jumlah dana itu akan dibahagikan secara sama rata kepada badan-badan berkepentingan yang sedang memberikan bantuan kemanusiaan kepada kedua-dua masyarakat yang terjejas, tambah MUIS.

MEMULAKAN FASA PEMULIHAN

Menurut MUIS lagi, RLAF sedang bekerjasama dengan Mercy Relief yang menjalankan operasi bantuan di Banda Aceh.

Mercy Relief sudah pun menamatkan fasa respons awal dan sedang memulakan fasa pemulihan pula.

Kerja-kerja seperti menubuhkan bekalan air bersama, kemudahan-kemudahan kebersihan dan sanitasi, dan juga menyokong kegiatan pertanian bagi pemulihan mata pencarian akan dilakukan dalam fasa pemulihan.

'HARGAI BANTUAN MASYARAKAT S'PURA'

Dalam kenyataan media berkenaan, RLAF menghargai bantuan yang dihulurkan oleh masyarakat Singapura.

Ia menambah masyarakat di negara ini kerap menunjukkan rasa belas kasihan dan semangat memberi dengan menyokong usaha bantuan kemanusiaan kepada masyarakat yang kurang bernasib baik.

RLAF menambah ia akan bekerjasama dengan badan-badan yang sesuai bagi menghulurkan bantuan kepada masyarakat muslim di wilayah Rakhine.

(Gambar-gambar: Mercy Relief)

Mercy Relief juga mengalu-alukan derma orang ramai secara online di www.giving.sg melalui pautan "Aid for Aceh". 

Sumber : BERITA Mediacorp/ru
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan