Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Masjid Khalid sambut ulang tahun ke-100 dengan derma S$100,000 kepada badan pelbagai agama

Masjid Khalid menderma sebanyak S$100,000 - $10,000 setiap satu kepada 10 pertubuhan tempatan - sempena ulang tahunnya yang ke-100 hari ini (6 Dis). Masjid tersebut dibina pada tahun 1927.

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Masjid Khalid menderma sebanyak S$100,000 - $10,000 setiap satu kepada 10 pertubuhan tempatan - sempena ulang tahunnya yang ke-100 hari ini (6 Dis). Masjid tersebut dibina pada tahun 1927.

Acara sambutan ulang tahun tersebut di Hotel Shangri La dan dihadiri Perdana Menteri Lee Hsien Loong selaku tetamu terhormat, yang akan menyampaikan cek kepada para penerima.

Separuh daripada penerima sumbangan Masjid Khalid itu merupakan pertubuhan bukan Melayu/Islam, termasuk Ramakrishna Mission Singapore, MINDS Singapore dan Thye Hua Kwan Moral Charities.

Inisiatif ini selaras dengan semangat keharmonian kaum dan agama yang dipegang kukuh Masjid Khalid, masjid yang dibina atas tanah wakaf sejak berdekad lamanya.

Sebuah buku peringatan 30 muka surat turut diterbitkan sempena sambutan penuh bersejarah itu.

Menulis dalam kata-kata aluan buku, Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam Dr Yaacob Ibrahim, menukil "semangat kejiranan" Masjid Khalid yang menghulurkan bantuan tanpa mengira kaum atau agama.

Dr Yaacob yakin "berkat kepimpinan dan semangat gotong-royong yang utuh", Masjid Khalid akan terus menabur bakti kepada masyarakat pada masa depan.

Turut hadir di majlis itu ialah para pemimpin akar umbi kawasan Joo Chiat dan Geylang Serai juga para pemimpin agama dari Kumpulan Bina Keyakinan Antara Agama (IRCC).
 

Sumber : BERITA Mediacorp/NF/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan