Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Masjid Istiqamah kumpul pakaian elok, terpakai buat penduduk Lombok

Pakaian-pakaian yang dikumpulkan para Sukarelawan Masjid Al-Istiqamah (ISMAM) kemudian akan diterbangkan ke Lombok Utara pada 5 September nanti. 

Anggaran Waktu Membaca:

BERITAmediacorp: Mahu membantu mangsa-mangsa gempa bumi Lombok? Masjid Al-Istiqamah akan menjalankan kempen mengumpulkan pakaian terpakai yang masih elok pada 1 September ini, untuk didermakan ke Lombok.

Pakaian-pakaian yang dikumpulkan para Sukarelawan Masjid Al-Istiqamah (ISMAM) itu kemudian akan diterbangkan ke Lombok Utara pada 5 September nanti. Para pegawai masjid kemudian akan menjalankan usaha pengagihan pakaian-pakaian yang didermakan itu selama lima hari di sana.

Masjid tersebut turut meletakkan sebuah kotak derma khas dinamakan "Lombok - Misi Ihsan" untuk misi kemanusiaan tersebut.

Wang yang dikumpulkan itu akan digunakan untuk membeli barangan keperluan buat para penduduk Lombok apabila sukarelawan masjid tiba di sana nanti.

"Kita akan berikan bukan berbentuk wang tetapi wang yang kita bawa ke sana untuk membelikan keperluan-keperluan yang mereka perlukan seperti tilam ataupun mereka perlukan makanan ke daripada sudut makanan dan sebagainyalah," Pegawai Dakwah Masjid Istiqamah, Ustaz Muhammad Farhan Nordin memberitahu BERITAmediacorp.

Semasa ditemui BERITAmediacorp, beberapa jemaah yang menderma kepada tabung tersebut siang tadi melahirkan simpati dan doa mereka buat penduduk Lombok.

Mereka berharap bantuan dapat segera sampai kepada penduduk Lombok dan mendoakan agar segala usaha dipermudahkan Allah SWT.

KOTAK-KOTAK DERMA LOMBOK & LAOS OLEH RLAF BERMULA 10 OGOS

Dalam pada itu, mulai hari ini juga (10 Ogos) orang ramai juga sudah mula menghulurkan derma kepada mangsa gempa di Lombok serta banjir di Laos, menerusi kotak-kotak derma khas Yayasan Rahmatan Lil 'Alamin yang ditempatkan di semua 70 masjid.

Usaha mengumpul dana itu akan dijalankan sehingga Khamis depan (16 Ogos).

Semua kutipan daripada kotak-kotak derma RLAF itu akan diserahkan kepada Mercy Relief dan Persatuan Palang Merah Singapura yang menyokong operasi-operasi bantuan kecemasan di Lombok dan Laos.

Orang ramai juga boleh menderma menerusi online, wang tunai atau cek.

LAPORAN BERKAITAN: 

Sumber : BERITA Mediacorp/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan